Hari ini, ramai menggunakan platform-platform media sosial untuk berkongsi masalah baik menggunakan nama sebenar, samaran mahupun tidak ingin dikenali atau sering disebut sebagai ‘anon’ oleh pengguna media sosial.
Terbaharu, seorang wanita yang juga menggunakan pendekatan ‘anon’ telah berkongsi tip untuk mereka-mereka yang ingin bercerai di sebuah akaun di platform X, yang sering kongsikan pelbagai perkara secara rahsia atau anonymous (anon).
Pun begitu perkongsian wanita tersebut mengundang pelbagai reaksi kurang senang para pengguna X gara-gara cara yang disarankan olehnya tersebut.
“Nak bercerai? Ladies, buat macam aku.”
Menurut perkongsian tersebut, dia berada dalam sebuah perkahwinan tanpa ‘bersama’ setelah sedekad (mungkin lebih) dan mendakwa, dia boleh mengagak yang suaminya bakal mencari isteri lain.
Jadi apa yang dibuatnya ialah, memegang duit gaji suami 100% dan suami pun meletakkan kepercayaan penuh kepada wanita berkenaan. Tambahnya lagi, dia hanya memberikan duit belanja yang diperlukan suaminya sahaja manakala segala harta milik suami diketahui olehnya.
Selain itu, menurut wanita anon tersebut lagi, dia juga meminta suaminya itu untuk menyerahkan rumah kepada dia dan anak yang mana turut dituruti. Tambah wanita itu lagi, suaminya seakan-akan ‘lurus’ dan menyayangi anak mereka, jadi perkara tersebut (untuk tukar nama rumah) adalah mudah.
Kedua, wanita tersebut juga mengesyorkan agar rapat dengan anak agar dia akan menyebelahi ibu sekiranya berlakunya cerai. Caranya, habiskan masa lebih lama di rumah bersama anak sejak lahir sehingga sudah bekerja, ujar wanita tersebut.
Artikel berkaitan : Wanita Bercerai Lepas 7 Tahun Kahwin, Suami Baik & ‘Cukup Pakej’ Tapi…
Artikel berkaitan : Lepas Setahun Lebih Kahwin, Suami Luah Rasa Menyesal & Masih Tak ‘Move On’ Jadi ‘Playboy’
Menurutnya lagi, apabila timbul ura-ura suaminya ingin berkahwin baru, dia yang tidak ingin bermadu dengan mudah menghalau suami untuk keluar dari rumah, lebih-lebih lagi apabila rumah berkenaan bukan lagi milik suaminya kerana sudah ditukar nama.
Setelah itu, barulah lanjut dengan proses penceraian, tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama, dia mendapat harta dan anak selain dia tidak lagi perlu untuk memikirkan bekas suaminya itu dan dia sekalipun tidak menyesali apa yang dibuatnya.
Namun, perkongsian anon tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata tidak bersetuju dengan perbuatan wanita berkenaan dan rata-rata wanita yang membaca perkongsian tersebut marah dan perkongsian tersebut seakan-akan ‘plan’ jahat wanita itu untuk mendapatkan harta suaminya.
Sumber : X