Masih ramai lagi ingat kontroversi yang pernah melanda rumah tangga Aliff Aziz beberapa tahun lalu. Mungkin disebabkan ini netizen seakan berikan perhatian lebih dengan perubahan pelakon itu. Takut pisang berbuah berkali-kali…
Macam baru-baru ini, tular di TikTok menunjukkan Aliff Aziz dilihat berpelukan dan berpegangan tangan dengan Intan Najuwa di Genting Highlands.
Tapi kalau korang tengok betul-betul video yang dimuatnaik oleh @lovethv ini, di penghujung video dapat dilihat ada krew penggambaran di sekeliling mereka.
https://www.tiktok.com/@lovethv___/video/7119790574160629018?_t=8Ty1MeKNbKE&_r=1
Dorang shooting drama jelah jgn slah faham #biasaladramamelayu.”
Difahamkan, adegan berpelukan ini dibuat untuk shooting drama terbaharu lakonan Aliff Aziz dan Intan Najuwa bertajuk Jodohku Babysitter yang sedang ditayangkan di TV.
Bagaimanapun, menerusi ruangan komen ramai netizen yang mengkritik Aliff Aziz dan mempersoalkan tindakannya memegang wanita lain walaupun hanya untuk penggambaran.
Lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir ini Aliff kongsikan yang dia ada menyertai beberapa aktiviti agama seperti dakwah dan tabligh.
Ala entah-entah Bella pun ada kat situ kot ikut sekali.
Baca: Sering Jadi Imam Solat Berjemaah di Belakang Tabir, Netizen Terharu Lihat Perubahan Aliff Aziz