in

“Hari Jumaat post macam ni…” – Muat Naik Post ‘Mengundang’, Michael Ang Dikecam Netizen?

Michael Ang Mengundang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Michael Ang bukanlah calang-calang dalam industri perfileman tanah air, beliau banyak mengarahkan siri drama yang popular seperti Sweet Dreams dan Perempuan Tanpa Dosa.

Malah, pengarah drama telvisyen itu juga snagat terkenal dengan perwatakannya yang berani serta lantang bersuara di media sosial miliknya.


Pun begitu, hari ini Michael Ang menjadi bualan ramai apabila dia memuat naik sebuah gambar yang agak keterlaluan dan agak ‘mengundang’ sehingga mencetuskan kritikan serta kecaman daripada netizen.

https://www.instagram.com/p/CkhohDpvPsF/?utm_source=ig_web_copy_link

Difahamkan, gambar itu bertujuan memporomosikan sebuah naskhah yang berjudul ‘Apa Dosa Ku?’ seperti yang ditulis dalam ruangan kapsyen.

Gambar yang memperlihatkan pelakon dan pengarah itu berada di hadapan seorang lelaki dalam posisi yang mencurigakan itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, walaupun ada yang melihatnya sebagai satu bentuk jenaka tetapi ramai juga yang mengkritik posting tersebut.

“Terlalu banyak maksud!”

Posting tersebut membuatkan ramai netizen menegur pengarah tersohor itu dan ramai juga yang merasakan ianya sesuatu yang kurang sopan lebih-lebih lagi pada hari Jumaat.

Mchlang2

Hmm, harap bukan cerita yang pelik-pelik lah…

Baca: “Benda baik patut puji, bukan complaint” – Michael Ang Ulas Isu Berniqab Tapi Solek Mata

Michael Ang Ulas Isu Wanita Berniqab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.