in

“Hari-hari kena saman botaklah kepala saya” – Hampir 30 Orang Jurugambar Jalanan KLCC Dikompaun RM2,000

jurugambar klcc dikompaun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai jurugambar jalanan di sekitar lokasi tumpuan pelancong seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC) nampaknya masih lagi belum selesai.

Ditambah pula dengan insiden yang berlaku baru-baru ini, orang ramai mengharapkan isu ini dapat dibanteras segera oleh pihak berkuasa.


Jurugambar KLCC dikompaun

Semalam, hampir 30 jurugambar jalanan dikenakan kompaun menerusi operasi bersepadu oleh KL Strike Force di KLCC.

Artikel berkaitan: Pelancong Dari Thailand Kena ‘Ketuk’ RM800 Daripada Photographer KLCC Lepas ‘Tolong’ Ambilkan Gambar

Artikel berkaitan: Individu Buat Servis Ambil Gambar Sekitar KLCC Mengaku Orang Malaysia Undang Pertikaian Netizen?

Menurut laporan Harian Metro, operasi tersebut berjalan lancar walaupun ada berlaku sedikit kekecohan apabila seorang daripada kumpulan jurugambar terbabit enggan bekerjasama.

Difahamkan, operasi itu dilaksanakan oleh sejumlah pegawai dan anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Salah seorang jurugambar jalanan yang enggan dikenali berkata, itu adalah kali pertama mereka dikompaun atas kesalahan menawarkan perkhidmatan menangkap gambar.

hm28jalann 1753666967

“Ini kali pertama, tengok dekat surat ini (kompaun) tulis kena bayar RM2,000 mana nak bayar? Kalau hari-hari kena saman botaklah kepala saya.

“Kalau macam ini lepas ini jika selalu saman saya kena cari kerja lain lah, tapi mereka ada kata nak bagi kami lesen di sini, kita tunggu saja lah macam mana cara,” katanya.

Mereka dikenakan kompaun mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 (1) UUK Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan 2016 atas kesalahan menawarkan perkhidmatan fotografi di tempat awam kepada pengunjung sekitar KLCC dengan menggunakan telefon pintar tanpa kebenaran pihak berkuasa.

@benjotralala

TINDAKAN BERSEPADU DBKL,PDRM,JIM DAN JPN. TINDAKAN KEATAS JURUGAMBAR (MOBILE PHOTOGRAPHER) DI SEKITAR KLCC , SEBANYAK 41 NOTIS KOMPAUN TELAH DIKELUARKAN. #dbkl #pdrm #imigresen #jpn #fyp #fy

♬ The Kids Aren’t Alright – The Offspring

Dakwa insiden dengan pelancong asing hanya salah faham

Sementara itu, mengulas mengenai kejadian tular apabila mereka didakwa mengambil kesempatan ke atas pelancong asing, seorang jurugambar berkata ia hanyalah salah faham antara dua pihak.

Katanya, dia dimaklumkan kejadian itu berlaku kerana kesukaran kedua-dua pihak berkomunikasi.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.