Pada masa kini, seseiapa sahaja boleh menjadi mangsa gangguan seksual, baik di pejabat atau universiti.
Terbaru, pempengaruh serta rapper ternama, Caprice menerusi laman Instagram miliknya mendedahkan mesej (DM) yang diterimanya menceritakan beberapa orang pelajar universiti yang didakwa telah menjadi mangsa gangguan seksual oleh pensyarah mereka.
Salah seorang daripada mangsa sudah pun membuat laporan polis berkenaan isu tersebut dan ibu kepada mangsa berkongsi tangkap layar mesej daripada pensyarah itu terhadap anaknya.
Artikel berkaitan: Caprice Dapat DM Daripada Keluarga Suspek Bun*h Bella, Minta Jangan Menyibuk?
Artikel berkaitan: “Itu makanan dia” – Dakwa ‘Interview’ Disunting, Fathia Latiff Cakap Caprice Kurang Ajar?
View this post on Instagram
“Kes baru seorang mak minta tolong cap kes anak dia seorang student culinary.
A common trait dalam banyak2 kes adelah factor ‘grooming’ di mana pelaku akan cuba slowly rapatkan diri dia dekat mangsa who are normally young & naive,” tulis Caprice di kapsyen.
Dalam kes tersebut, ibu kepada mangsa berkongsi anaknya dipeluk dan dicium oleh pensyarah itu, disebabkan perkara itu mereka bertindak membuat laporan polis.
Posting berikutnya mendedahkan seroang lagi mangsa cabul seorang pensyarah di universiti lain, pengadu mendakwa pensyarah itu kerap kali mengajaknya untuk keluar bersama serta membuat kenyataan berbaur lucah terhadap badan pelajar tersebut.
View this post on Instagram
Pengadu bagaimanapun memberitahu dia sudah pun block pensyarah itu selepas tamatnya kelas dengan pensyarah tersebut.
Allahu, harap gadis-gadis di luar sana sentiasa selamat…
Sumber: Instagram