in

Hari Guru Bertukar Tragedi, 10 Guru Melecur Gara-Gara Belon Gas Hidrogen Meletup Di Indonesia

Cats 53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari Guru merupakan sambutan yang dinantikan di sekolah. Pastinya semua murid tak sabar nak raikan cikgu-cikgu yang banyak berjasa pada kita.

Akan tetapi, satu tragedi telah berlaku di mana beberapa guru di sebuah sekolah di Indonesia mengalami luka lecur akibat daripada belon gas hidrogen yang meletup ketika sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di negara itu.


 

Dipercayai, kejadian itu berlaku di Sekolah Dasar Negeri (SDN) Cimuning 1, Kecamatan Mustikajaya, Kota Bekasi, Indonesia pada Sabtu lepas.

Artikel berkaitan: “Nak hukum ada had” – Bapa Dakwa Anak Cedera Dirotan Guru Sebab Kantoi Hisap Vape Dalam Kelas

Artikel berkaitan: “Kita ingatkan pen” – Guru Terkejut Pelajar Darjah 5 Bawa Pisau Tapi Bentuk Seperti Pen

Dalam video itu, kelihatan sekumpulan guru berkumpul untuk lepaskan seikat belon ke udara dalam upacara pada hari tu. Namun begitu, belon tersebut secara tiba-tiba meletup menyebabkan guru-guru tersebut mengalami kecederaan.

Q1 3

Menurut Setiausaha Jabatan Pendidikan Kota Bekasi, Warsim Suryana mengatakan kejadian tu disebabkan mancis yang digunakan untuk putuskan tali pada belon tersebut. Akan tetapi, belon yang diisi gas hidrogen itu telah meletup dan menyebabkan 10 guru mengalami luka lecur manakala tiada murid cedera dalam insiden itu.

“Lapan daripada mereka cedera ringan, manakala dua lagi mengalami kecederaan serius di muka dan tapak tangan.” 

“Dua mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Mustikajaya First dan Hospital Satria Medika Pedurenan manakala lapan guru lain dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Puskesmas Cimuning, Mustikajaya.”

Ujarnya lagi, kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh pengetua sekolah tersebut walaupun guru-guru tu tak menuntut apa-apa daripadanya.

Moga, guru-guru yang terlibat sembuh dan diberi kesihatan yang segera. 

Sumber: X, Majoriti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.