fbpx
in

Harga Tol BESRAYA & LEKAS Diturunkan Mulai Malam Ini – Menteri Kerja Raya

3tol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan penurunan kadar tol melibatkan Lebuhraya Sungai Besu (BESRAYA) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam ini.

Penurunan kadar tol antara 15 sen hingga 50 sen itu dibuat selepas perbincangan dan persetujuan syarikat konsesi dua lebuh raya itu, IJM Corporation Berhad dan kerajaan persekutuan. Memetik laporan Astro Awani, penurunan kadar tol itu adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 21 Disember lalu.


Screenshot 2022 12 31 at 3.09.16 PM

Ini juga merupakan sebahagian daripada penyusunan semula struktur dan kadar tol bagi kedua-dua lebuh raya berkenaan yang telah diputuskan kerajaan. Penurunan kadar tol adalah sebanyak RM0.15 bagi kenderaan kelas 1 yang melalui Plaza Tol Loke Yew dan Mines (arah Utara dan Selatan) di Lebuhraya BESRAYA.

Manakala kadar tol Lebuhraya LEKAS bagi kenderaan kelas 1 dikurangkan daripada 0.1811 sen/km kepada 0.1666 sen/km untuk sistem tol tertutup dan kadar tol kekal seperti sedia ada bagi sistem tol terbuka iaitu di Plaza Tol Ampangan.
Screenshot 2022 12 31 at 3.09.08 PM
Tambah Alexander, kenderaan kelas 1 yang melalui mana-mana plaza tol Lebuhraya BESRAYA akan membayar RM1.85 sehala. Manakala pengguna yang menggunakan keseluruhan Lebuhraya LEKAS akan membayar RM7.80 sehala.

Beliau turut memaklumkan kerajaan sedang mengambil langkah berterusan untuk mengurangkan beban pengguna lebuh raya seluruh negara.

 

Baca: Guna Lorong SmartTag Untuk Lepas Tol, Netizen Geram Tengok Perangai Penunggang Motosikal Ini

Screenshot 2022 12 31 at 3.07.56 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top