in

Harga Diesel Meningkat Hingga RM1.20 Tapi Masih Dianggap Antara Yang Termurah? Ini Sebabnya…

Collage 7 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Malaysia telah menetapkan harga siling baru di Semenanjung Malaysia berjumlah RM3.35 seliter berbanding RM2.15 seliter bermula tengah malam tadi.

Perkara ini dilakukan sebagai sebahagian dari rancangan kerajaan untuk menghentikan ketirisan subsidi diesel yang berlaku. Malah, tindakan ini juga dikatakan akan menjimatkan sebanyak RM4 bilion duit kerajaan setiap tahun.


Macam yang korang tahu, sejak pengumuman subsidi diesel bersasar ini dibuat oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tindakan ini telah mendapat kritikan ramai. Jom ketahui dengan lebih lanjut tentang perkara ini.

Artikel berkaitan: Eropah Bakal Hentikan Penjualan Kenderaan Petrol & Diesel Menjelang 2035?

Artikel berkaitan: “Salah isi minyak” – Orang Ramai Bersimpati Dengan Rider Superbike Ini, Isi Diesel Dalam Tangki

Subsidi diesel bersasar

Diesel Main

Pada 10 Jun 2024, Anwar Ibrahim telah memberitahu penjawat awam bahawa kerajaan akan memulakan subsidi diesel bersasar dan turut mengatakan bahawa tindakan ini turut dirancang oleh kerajaan sebelum ini.

Malah, semua perdana menteri sebelum ini bersetuju untuk membuat subsidi bersasar tapi tak ada yang berani untuk melaksanakannya. Tapi bagi menyelamatkan negara, kita tak ada pilihan.”

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada 9 Jun 2024, penggunaan subsidi diesel telah meningkat dengan drastik dari 6.1 bilion liter pada tahun 2019 ke 10.8 bilion liter pada 2023 walaupun jumlah kenderaan yang menggunakan diesel tidak meningkat secara mendadak.

Ini menunjukkan berlakunya ketirisan terhadap subsidi yang diberikan dan ia tak dapat dinikmati oleh orang-orang yang layak menerimanya.”

Ketirisan ini dijangkakan berlaku dari penggunaan diesel secara haram atau penyeludupan diesel kepada negara-negara jiran ekoran harga minyak Malaysia yang murah.

Untuk pengetahuan korang, walaupun selepas pengumuman harga siling terbaru dibuat, harga diesel Malaysia adalah antara yang termurah berbanding negara-negara jiran tau!

216519

Pengiraan harga baru diesel ini adalah berdasarkan harga pasaran tanpa subsidi yang dibuat menurut formula Mekanisma Harga Automatik.

Siapa yang akan terkesan dengan harga baru diesel?

  • Harga diesel terbaru ini hanya terpakai di Semenanjung Malaysia setakat ini.
  • Pemilik kenderaan diesel boleh memohon bantuan subsidi diesel melalui program Budi Madani.
  • Syarikat yang menggunakan diesel sebagai pengangkutan awam seperti bas sekolah, bas tempatan, bas ekspress, ambulans dan lain-lain pula boleh membuat permohonan fleet card Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Apa itu Budi Madani?

Budi Madani merupakan program Bantuan Subsidi Madani yang dilancarkan pada 27 Mei 2024 di mana:

  • Jika korang adalah rakyat Malaysia dengan pendapatan tahunan isi rumah di bawah RM100,000 setahun, korang boleh dapat bantuan sebanyak RM200 setiap bulan.
  • Jika syarikat korang tertakluk kepada 33 kenderaan yang disenaraikan di bawah, korang boleh memohon fleet card SKDS.

216518

216517

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.