in

“Harap mereka diberi ruang” – Fazley Yaakob Tahu Penceraian Adik Melalui Media Sosial

Fazley Raf Mawar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini kita dikejutkan dengan berita perceraian selebriti Mawar Rashid dan suaminya Raf Yaakob, umum mengetahui Raf merupakan kepada adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Fazley Yaakob.

Fazley atau nama penuhnya Ahmad Fazley Yaakob berkata dia mengetahui perihal rumah tangga adiknya itu namun tidak menyangka kedua-dua mereka mencapai keputusan untuk berpisah.


Artikel berkaitan: “Ya Allah I’m so lost, ampuni aku” –  Mawar Rashid Akui Sedang Berjuang, Padam Foto ‘Freehair’

Artikel berkaitan: “Ini yang terbaik untuk kami” –  Raf Yaakob Umum Sudah Berpisah Dengan Mawar Rashid

553 1

“Sebelum ini saya hanya beri mereka ruang untuk selesaikan masalah rumah tangga. Saya pun tahu tentang perpisahan mereka ini di media sosial. 

Sebagai ketua keluarga saya harap mereka diberi ruang untuk melalui perjalanan ini,” katanya.

Menerusi laporan mStar, Fazley memberitahu dia yakin bahawa adiknya itu membuat keputusan yang tepat dan matang demi kebaikan mereka berdua. Selain itu, dia juga tidak dapat memastikan perceraian adiknya itu telah sah di mahkamah syariah.

“Rasanya bukan posisi saya untuk terus bercakap tentang isu rumah tangga mereka. Saya tidak mengikuti perkembangan mahkamah mereka. 

Kita tunggu sahaja kenyataan dari mereka berdua nanti,” katanya.

Sebagai info, sebelum ini ada khabar angin yang mendakwa pasangan itu sepatutnya menghadirkan diri ke mahkamah syariah namun tiada pengesahan berkenaan isu itu.

Kedua-dua mereka sebentar tadi mengeluarkan kenyataan berkenaan perpisahan mereka di laman Instagram masing-masing.

Sumber: mStar

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.