Rasanya sehingga kini rakyat Malaysia masih tidak boleh lupakan kes buli menyebabkan kematian penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Kes itu menjadi topik hangat di negara kita dan sehingga kini kes itu masih dalam perbicaraan namun terpaksa ditangguhkan kerana PKP.
Kelmarin, adik Zulfarhan berkongsi beberapa keping gambar arwah abangnya itu di Twitter mengenangkan kembali pemergian abangnya tiga tahun lepas.
Gambar-gambar itu menunjukkan Zulfarhan tersenyum dan ramai netizen yang tengok berasa sebak serta turut mendoakan yang terbaik untuk arwah dan keluarganya.
https://twitter.com/kileychoo/status/1267379719311253510
Adiknya juga turut memberitahu jika sekiranya ada sesiapa nak tahu perkembangan terkini kes perbicaraan Zulfarhan, bolehlah follow abang mereka di Instagram. Di situ, abangnya berkongsi tentang kes tersebut setiap kali ada perkembangan.
Zulfarhan disahkan meninggal dunia pada 1 Jun 2017 akibat didera rakan penuntut. Arwah telah ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya.
Perbuatan itu telah menyebabkan kecederaan sehingga 80 peratus pada badannya. Pada 31 Julai 2019, 18 tertuduh didapati bersalah dan diperintah untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan kes perbicaraan masih berjalan.
Al Fatihah, moga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman…