Mesti ramai yang dah tahu mengenai permainan lato-lato yang semakin viral di kalangan masyarakat setempat. Bukan kanak-kanak sahaja, tapi orang dewasa pun turut ikut sama dalam mencuba permainan yang sedang trending ini.
Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok mengenai seorang wanita yang berkongsi luahannya mengenai permainan lato-lato telah meraih perhatian warganet.
Cermin kereta pecah sebab lato-lato?
“Mintakla haram kan benda ni,” tulisnya di kapsyen video tersebut.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat keadaan cermin kereta milik wanita tersebut yang pecah dan retak didakwa akibat terkena permainan lato-lato itu.
Pada awalnya, wanita tersebut hanya ternampak dua kesan hentakan yang berbentuk bulat pada bahagian cermin hadapan.
Walaubagaimanapun selepas meneliti kenderaannya, dia menjumpai permainan lato-lato yang berada di bawah keretanya.
Difahamkan, wanita tersebut turut meminta agar permainan tersebut diharamkan di Malaysia kerana boleh menimbulkan pelbagai masalah daripada pencemaran bunyi sehingga merosakkan harta benda orang lain.
Pada waktu artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih 600K jumlah tontonan serta meraih 43K jumlah likes dalam masa dua hari.
“Bunyi dia sangat mengganggu emosional saya” – Netizen
Rata-rata netizen meluahkan rasa bengang terhadap permainan tersebut dan ada di antara mereka yang berkongsi pengalaman mereka dengan pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh permainan itu.
“Minta ganti kat mak budak tu” – Netizen
Sementara itu, ada juga netizen yang berasa kesian terhadap wanita yang terpaksa menanggung kos kerugian cermin keretanya yang pecah akibat lato-lato itu dan meminta ibu kepada kanak-kanak itu untuk tampil membayar ganti rugi.
Makin lama makin banyak isu pasal lato-lato ni eh…
Baca : [VIDEO] 2 Kanak-kanak Main Lato-lato Masa Jemaah Wanita Tengah Khusyuk Solat