Pekerjaan sebagai seorang guru bukan sahaja mengajar anak murid, tetapi juga memastikan mereka berasa seronok untuk ke sekolah.
Tambahan pula, menjadi seorang guru pendidikan khas memerlukan lebih banyak pendekatan terhadap anak murid.
Tular di TikTok, memaparkan seorang guru wanita sedang menggunakan bahasa isyarat bagi membantu seorang murid istimewa untuk memahami ucapan yang sedang disampaikan dalam sebuah perhimpunan di sekolah.
Artikel berkaitan: “Muka pun segak” – Berbual Dengan Pengunjung Guna Bahasa Isyarat, Abang Bomba Terima Pujian Netizen
Artikel berkaitan: “Ini baru betul influencer” – Netizen Kagum Lihat Alif Satar Pandai Berbahasa Isyarat
Menerusi video yang dikongsikan oleh Zinnirah Ajman, dapat dilihat murid lelaki OKU pendengaran memberi reaksi teruja melihat gurunya menggunakan bahasa isyarat untuk menyampaikan mesej ucapan kepadanya.
@zinnirah.ajman Terharu rasa.
“Suka anak muridnya”
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan guru wanita ini kerana tetap mengambil kira kefahaman anak muridnya sekali gus memperlihatkan sikapnya yang tidak mahu murid berkeperluan khas terpinggir.
Dalam pada itu, netizen juga berasa terharu melihat aksi guru dan pelajar istimewa ini selain mendoakan kesejahteraan buat para guru pendidikan khas.
Selain itu, ada juga beranggapan bahasa isyarat begitu unik kerana boleh berkomunikasi jarak jauh tanpa ada halangan.
Tengok gaya guru ni pun tahu dia memang ikhlas dan sayang pada anak muridnya.
Sumber: TikTok