in

“Happy birthday PMX!” – Najib, Mohamad Sabu Antara Yang Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-78 Kepada Anwar Ibrahim

ulang tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-78.

Sejak awal pagi, ramai rakyat Malaysia membanjiri media sosial beliau untuk mengucapkan selamat hari lahir. Beberapa pemimpin negara juga tidak ketinggalan menitipkan ucapan dan doa.


Antara yang menarik perhatian ialah ucapan daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi hantaran di Facebook.

“Selamat ulang tahun kelahiran ke-78 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik, ketabahan yang kuat, kebijaksanaan yang tinggi, dan keberkatan,” katanya.

Dalam pada itu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) turut memuat naik hantaran di laman sosial mendoakan agar Anwar sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, umur panjang, serta kekuatan untuk terus memimpin negara ke arah Malaysia Madani yang adil, makmur dan sejahtera.

Hantaran tersebut disertakan video berdurasi 44 saat yang memaparkan perjalanan kepimpinan beliau.

Artikel berkaitan: “Selamat hari jadi Moo Deng!” – Badak Air Paling Popular Thailand Kini Berusia 1 Tahun!

Artikel berkaitan: Anak Sulung Menangis Dapat ‘Surprise’ Hari Jadi, Bapa Hadiahkan Kek Walau Belum Dapat Gaji

529857943 10234812536188130 2623000485493817552 n e1754808967522
Gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika muda yang diulang kongsi di media sosial sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-78

Selain itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu juga sempat menitipkan ucapan selamat hari lahir kepada Perdana Menteri.

“Saya ingin mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-78 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semoga YAB sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur,dan terus memimpin negara kita ke arah Malaysia Madani yang aman, makmur dan sejahtera.

“Doa saya, moga perjuangan untuk rakyat terus diberkati Allah SWT dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang,” katanya.

Anwar yang dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, merupakan tokoh politik berpengaruh yang telah memegang pelbagai jawatan penting sepanjang lebih lima dekad penglibatannya dalam arena politik negara.

Anak jati Pulau Pinang ini pernah menuntut di The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Melayu di Universiti Malaya.

Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November 2022, beliau terus memacu agenda reformasi dan perpaduan nasional dengan memberi penekanan kepada kebajikan rakyat, pembangunan ekonomi serta pembanterasan rasuah.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.