Kehilangan seseorang yang disayangi bukanlah sesuatu yang mudah dan semua orang mempunyai cara yang berbeza dalam meratapi kehilangan.
Terbaru, penyanyi serta pelakon dari Indonesia, Bunga Citra Lestari menerusi laman Instagram miliknya memuat naik satu hantaran yang menyentuh hati orang ramai khususnya peminat pelakon itu.
Artikel berkaitan: Tiko Aryawardhana Minta Jangan Kaitkan Nama BCL Dalam Isu Seleweng Duit
Artikel berkaitan: “Semoga bahagia selamanya” – Netizen Puji Suami BCL Teman Ziarah Kubur Ashraf Sinclair
Pelantun lagu Cinta Sejati itu membuat hantaran istimewa untuk Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair sempena ulang tahun kelahirannya.
View this post on Instagram
“Selamat Hari Lahir di Syurga, saya rasa seperti saya mempunyai banyak perkara yang ingin diucapkan, begitu banyak cerita untuk diceritakan tetapi saya tidak tahu caranya.
Apa yang boleh saya katakan adalah terima kasih, terima kasih untuk semua saat indah, semua perjuangan yang kita lalui, kegembiraan, tawa dan air mata yang kita kongsi bersama.
Terima kasih untuk semua kenangan yang kita lalui bersama,” tulisnya di kapsyen.
Dalam hantaran itu, Bunga turut mengucapkan bahawa dia sangat merindui arwah bekas suaminya itu.
“Terharu bacanya”
Perkongsian Bunga itu membuatkan ramai netizen serta peminatnya itu terharu dengan ucapannya, rata-rata mendoakan Allahyarham serta memuji pelakon Indonesia itu.
Al-Fatihah buat Ashraf Sinclair…
Sumber: Instagram