in

“Hanya tinggal kenangan” – Banglo Mewah 2 Tingkat Milik Sharifah Aini Dirobohkan

Banglo Sharifah Aini Dirobohkan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banglo milik Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang terletak di Petaling Jaya kini tinggal kenangan apabila dilaporkan telah pun dirobohkan.

Menurut sumber HibGlam, banglo dua tingkat itu dilihat hanya tinggal sebagai longgokan pecahan batu ditarah jengkaut atas permintaan pemilik baharu sejak dua bulan lalu.


Katanya, yang tersisa hanyalah tembok batu coklat kiri kanan yang tertera nombor rumah iaitu 42, manakala pintu pagar gah rona hitam sudah diganti zink hijau menandakan kerja kontraktor sedang dijalankan.

Sumber mengatakan pembeli tidak mahu kediaman tersebut, sebaliknya hanya inginkan tanah sahaja selain membeli lot bersebelahan.

Screenshot 2024 06 25 165333

Artikel berkaitan: “Siti Nurhaliza next?” – Rupanya Hanya 4 Penyanyi Ni Je Pernah Terima Gelaran Biduan Negara Dalam Sejarah

Artikel berkaitan: “Kat tempat cantik…” – Ina Naim Kongsi Arwah Suami Mimpi Siti Sarah & Sharifah Aini Sebelum ‘Pergi’

Sementara itu, menurut pengawal yang diupah syarikat pembinaan, pihaknya menjaga kawasan berkenaan sejak hartanah bertukar tuan yang dikatakan sekitar awal tahun ini.

@hibglam.com.my

TIADA lagi banglo milik Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang sebelum ini tersergam indah di belakang sebuah hotel di Petaling Jaya. Rumah agam dua tingkat yang menjadi syurga penyanyi Seri Dewi Malam itu kini hanya tinggal sebagai longgokan pecahan batu selepas ditarah jengkaut atas permintaan pemilik baharu sejak dua bulan lalu. Baca artikel penuh menerusi www.hibglam.com.my atau klik Bio. Jangan lupa follow Instagram, Facebook, TikTok dan X (Twitter) #hibglam #sharifahaini #biduanitanegara #banglo #roboh 📹HANISAH SELAMAT

♬ original sound – HIBGLAM – HIBGLAM

Namun, sebarang perincian mengenai projek yang sedang dijalankan tidak dipaparkan di bahagian luar premis.

Menurut sumber terdekat keluarga Allahyarham, kediaman diruntuhkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah projek komersial.

Sebelum ini, media melaporkan anak tunggal arwah, Aliff Omar Ali menjual rumah agam berkeluasan 20,000 kaki persegi itu dengan harga RM8 juta disebabkan terlalu besar untuknya empat beranak berteduh selain kos penyelenggaraan terlalu tinggi.

Rumah Sharifah Aini 1

Aliff sempat tinggal beberapa tahun di kediaman terbabit selepas pemergian ibunya yang meninggal dunia akibat penyakit fibrosis paru-paru pada 5 Julai 2014.

 

Sekadar info, kediaman tersebut dilengkapi kemudahan seperti perpustakaan dan dua dapur, sembilan bilik tidur, tujuh bilik air, dewan acara, lima ruang tamu, kolam ikan serta sebuah bilik pembantu rumah.

Screenshot 2024 07 01 170341

Allahyarham juga mempunyai ruang khas untuk menyimpan pakaian, aksesori serta barangan peribadi lain yang seakan-akan galeri pameran.

Sumber: HibGlam

Sumber: scoop
Sumber: PropertyGuru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.