in

“Hanya selipar mangsa yang ditemui setakat ini ” Operasi SAR Akan Disambung Semula Pagi Ini Lepas Ditangguh Akibat Hujan Lebat

Operasi Sar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Negara digemparkan dengan kejadian seorang wanita warganegara India yang telah terjatuh ke dalam tanah jerlus di kawasan Masjid India, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan oleh pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.


1 10

Memetik laporan Astro AWANI, mangsa dipercayai telah dihanyutkan oleh arus deras di bawah tanah selepas mangsa terjatuh dalam kejadian tanah jerlus tersebut.

Setakat ini, mangsa masih belum ditemui dan hanya sepasang selipar dipercayai milik mangsa sahaja yang ditemui oleh anggota penyelamat selepas selipar tersebut terapung, lapor Berita Harian.

Artikel Berkaitan: “Pencarian hampir 7 jam” – Rakaman CCTV Tunjuk Kejadian Wanita Terjerlus Di Jalan Masjid India

Artikel Berkaitan: “Dia menjerit meminta tolong selepas terjatuh sebelum terus senyap” – Suami Mangsa Tertimbus

Operasi mencari mangsa difahamkan akan diteruskan semula pada jam 9 pagi ini selepas operasi tersebut dihentikan seketika pada sekitar jam 12.30  malam tadi akibat hujan lebat

2 3

Difahamkan juga, kejadian tanah mendap berdekatan lokasi kejadian ini juga pernah terjadi pada tahun lalu namun telah dibaiki dan pada ketika itu, ia tidak melibatkan orang awam.

Sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga, pihak polis juga meminta orang awam dan masyarakat sekitar kawasan Masjid India untuk mengurangkan pergerakan.

Sumber: Berita Harian, Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.