Semalam, tular gambar yang menunjukkan terdapat retakan di sebuah jejambat atau flyover berdekatan Jalan Cheras, Kuala Lumpur dan perkara itu telah menimbulkan kerisauan ramai terutamanya pengguna jalan raya.
Perkara terbabit kemudiannya telah mendapat perhatian daripada Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi yang telah mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia dan syarikat konsesi lebuhraya SPE untuk turun ke tapak secepat yang mungkin untuk membuat pemeriksaan dan penilaian dengan kadar segera.
Setelah pemeriksaan segera dijalan di flyover terbabit pada jam 11.30 malam tadi oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), SPE dan konsultan EDP, pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia menerusi media sosial X rasmi mereka mengesahkan bahawa tiada keretakan pada crosshead jejambat.
Artikel Berkaitan: Menteri Arah Pihak Berkaitan Buat Pemeriksaan Segera Lepas Tular Gambar Keadaan Flyover Di KL Seakan Retak
Artikel Berkaitan: “5 minit 3 orang jatuh” – ‘Flyover’ Kg Pandan Didakwa Tak Selamat, Boleh Sebabkan Kemalangan
Ia hanyalah kesan garisan hitam iaitu construction joint semasa kerja concreting dahulu,” jelas Kementerian Kerja Raya Malaysia dalam satu Tweet di akaun X rasmi mereka.
Difahamkan, menurut seorang pengguna X, construction joint merupakan garis sambungan pada bahagian konkrit.
Selain itu, pihak konsultan juga telah mengesahkan bahawa struktur portal lebuhraya tidak terjejas dan selamat.
Satu laporan pemeriksaan dan pengesahan selamat akan disediakan dan akan dikemukakan kepada LLM.
Sumber: X @moworksmy