in

“Hanya DNA kedua-dua mangsa ditemui” – Polis Anggap Kes Pembun*han Suami Isteri Di Sri Aman Selesai

Sri Aman Kes Bunuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dahulu, kes pembunuhan guru besar dan isterinya yang mayat mereka ditemukan dalam bilik sebuah rumah di Sri Aman pada 14 Januari lalu telah mendapat perhatian ramai.

Terbaharu, pihak polis telah mengenal pasti punca pembunuhan itu sebagai kemurungan berdasarkan keterangan daripada keluarga, kawan serta rakan sekerja. Si mati dikatakan mengalami kemurungan sejak bertukar ke sebuah sekolah di Lubok Antu, Sri Aman.


Hm384Serawak 1769132485

Artikel berkaitan: Kes B*nuh Pasangan Suami Isteri Di Sri Aman: Bedah Siasat Temui Kesan Tik*man Di Leher & Dada

Artikel berkaitan: Bapa Positif Dad*h Ugut B*nuh Anak Perempuan Umur 2 Tahun

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata,  laporan kimia terhadap senjata tajam yang digunakan dalam kejadian itu juga tidak menemui asid deoksiribonukleik (DNA) asing.

Hanya DNA kedua-dua mangsa ditemui pada senjata tajam itu, justeru rumusan yang kita boleh buat ialah pembunuhan itu hanya membabitkan pasangan suami isteri itu,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Mohamad Zainal berkata, sepanjang siasatan, polis merakam keterangan 30 saksi dalam kalangan ahli keluarga, jiran, kawan serta rakan sekerja kedua-dua mangsa.

Polis juga turut merakam keterangan pakar patologi yang melaksanakan proses bedah siasat mayat kedua-dua mangsa.

615326865 900829729190020 6435861838515842344 N 1

Apa yang boleh kami simpulkan, kes itu sudah selesai kerana siasatan di lokasi kejadian tidak menemui kesan pecah rumah atau barangan yang hilang jika ia kes samun.

“Polis kini hanya menunggu keputusan pemeriksaan forensik telefon bimbit kedua-dua mangsa dan laporan itu nanti mungkin membolehkan kami mengetahui lebih lanjut motif sebenar kejadian itu selain kemurungan,” katanya.

Terdahulu, pada 14 Januari lalu, suami isteri berusia 45 tahun dan 44 tahun ditemui meninggal dunia dengan kecederaan serius pada tubuh mereka di sebuah rumah dekat Taman Mutiara, Jalan Brayun, Sri Aman.

Mangsa lelaki bertugas sebagai guru besar dan isterinya pula seorang jururawat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.