Kolaborasi dalam dunia perniagaan bukanlah perkara yang baru lebih-lebih lagi dalam dunia fesyen. Secara tak langsung apabila dua atau lebih jenama menjalinkan kerjasama, ia sebenarnya dapat mengembangkan lagi ‘sayap’ sesebuah jenama untuk lebih dikenali selain berpotensi untuk menemukan ‘peminat’ baharu.
Terbaharu, jenama tudung terkemuka dUCk telah mengadakan satu lagi kerjasama dengan salah sebuah nama besar juga di Malaysia iaitu GrabMart sempena sambutan hari ibu yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Menerusi kerjasama tersebut, pengguna boleh membeli hadiah sempena hari ibu yang jatuh pada 8 Mei nanti menerusi GrabMart dan kemudian sertai challenge yang dipanggil ‘ Mother’s Day challenge‘ yang mana orang ramai berpeluang untuk menangi pelbagai hadiah menarilk termasuklah tudung, gincu atau wristlet dari dUCk.
Kalau nak diikutkan, tak susah mana pun untuk sertai cabaran ini. Pengguna pun akan berpeluang menangi hadiah yang ditawarkan dengan setiap pesanan. Paling menarik, hanya perlu lakukan 3 pesanan atau pembelian hadiah melalui GrabMart sahaja akan melayakkan pengguna untuk sertai cabaran tersebut bermula dari 25 April hingga 15 Mei nanti.
Cara sertai Mother’s Day Challenge dUCk x GrabMart:
- Beli sebarang hadiah daripada GrabMart (kek, bunga, coklat dan macam-macam lagi.)
- Setiap pembelian hadiah berpeluang untuk menangi pelbagai hadiah menarik. Termasuklah hadiah utama berupa tudung atau wristlet jenama dUCk.
Menang barangan dUCk hanya dengan 3 pesanan!
Ha, ini ada tips bagaimana untuk korang tingkatkan peluang untuk menangi hadiah menarik dari dUCk. Tapi sebelum tu, korang kena faham yang hadiah akan diberikan mengikut ‘milestone’ yang ditetapkan oleh GrabMart.
Milestone 1 – Korang hanya perlu membuat pesanan pertama dengan pembelian minimum bernilai RM75 dalam satu pesanan untuk menyertai cabaran ini dan memenangi 300 mata GrabRewards.
Milestone 2 – Seterusnya, buat pesanan kedua bernilai RM75 dan keatas dalam satu pesanan. 500 peserta pertama untuk menjawab soalan yang diberikan dengan betul akan menerima gincu dUCk.
Milestone 3 – Buat pesanan ketiga bernilai RM75 dan ke atas untuk melengkapkan cabaran ini. 200 peserta pertama untuk melengkapkan Tier 3 dan menghantar borang akan menerima tudung atau wristlet dUCk.
Ha, menarik kan? Apa lagi, cepat-cepat plan nak berikan hadiah apa kepada ibu korang sempena hari ibu nanti dan sebelum min terlupa, kalau korang beli hadiah terpilih di GrabMart dari 1 hingga 8 Mei nanti akan dapat diskaun sebanyak 30% tau!
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari link ini okay?