Susulan penahanan enam individu termasuk seorang penyanyi wanita Kelantan di Golok, Thailand pada Jumaat lalu yang positif dadah jenis methampetamine, Polis Kelantan telah mendedahkan sesuatu yang mengejutkan.
Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, Pekan Golok di Thailand yang hanya berjarak kurang satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand telah menjadi ‘pusat hiburan’ kepada anak muda Kelantan pada hujung minggu.
Artikel berkaitan: Penyanyi Wanita Popular Kelantan Ditahan Berkaitan Kes Dadah Di Sungai Golok
Artikel berkaitan: 6 Rakyat Malaysia Termasuk Penyanyi Wanita Popular Kelantan Akan Dibawa Ke Mahkamah Narathiwat Hari Ini
“Kalau hari minggu hendak masuk pusat hiburan sampai kena tunggu giliran…”
Menurutnya lagi, rakyat Kelantan hanya perlu menyeberangi Sungai Golok melalui pangkalan haram yang ada untuk berhibur di sana, selain dipercayai menikmati ‘sajian’ dadah yang ditawarkan di pusat-pusat hiburan tersebut.
Informasi ini adalah berdasarkan maklumat dari rakan sekerjanya di sana kelmarin yang mendedahkan bahawa ramai anak muda dari negeri tersebut ke sana untuk berhibur terutama pada hari Jumaat dan Sabtu.
Kalau hari minggu hendak masuk ke pusat hiburan sampai kena tunggu giliran, yang ini keluar yang ini masuk.
“Penuh….terlalu ramai. Hari biasa pun ramai, hari minggu lagi ramai,” katanya.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, pihak Polis Kelantan tidak boleh berbuat apa-apa kerana di sebelah Thailand mereka tidak sekat kemasukan rakyat asing sebagaimana di Malaysia.
Jika dibandingkan dengan di sini, rakyat asing yang masuk secara haram akan ditangkap di bawah Akta Imigresen tetapi berbeza pula di sebelah sana.
Disebabkan itu ramai di kalangan rakyat Kelantan memilih untuk masuk ke Thailand menerusi laluan tidak sah. Justeru, kita menasihatkan ibu bapa supaya memantau anak-anak terutama mereka yang tidak pulang ke rumah.
“Ini kerana ada yang pergi berhibur baru belasan tahun, tidak kira lelaki atau perempuan. Kita juga tidak tahu sama ada pemergian mereka diketahui ibu bapa masing-masing atau sebaliknya,” katanya.
Menurut Mohd Yusoff, perkara ini juga sudah dibincangkan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud pada Isnin.
Antara langkah paling relevan untuk dilaksanakan ialah dengan mengambil alih tanah penduduk untuk dijadikan buffer zone.
Ujarnya, ia bertujuan untuk membuat tembok atau benteng sebagaimana benteng di Kampung Laut, Tumpat.
“Jalan penyelesaian terbaik ialah buat tembok. Selain cegah banjir ia dapat halang kes rentas sempadan.
“Hanya itu cara terbaik setakat ini selain pengawasan serta menggunakan teknologi dron dan sebagainya,” katanya.
Harap ibu bapa pantaulah keberadaan anak-anak muda ini dari terjebak perkara tidak diingini di negara asing.
Sumber: Sinar Harian, Berita Harian