in

“Hanya 2 anak dibenarkan” – India Bakal Ikut China Hadkan Bilangan Anak

Cats 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tarikh 11 Julai setiap tahun merupakan Hari Populasi Sedunia dan setiap tahun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) akan mengadakan acara bertujuan untuk mengedukasi orang ramai terhadap isu-isu yang bersangkutan dengan masalah yang sedang dihadapi oleh banyak negara iaitu populasi.

Selepas penubuhan UN pada 1945, populasi di dunia dianggarkan seramai 2.6 billion orang dan jumlah ini berganda dengan kadar yang sangat cepat. Pada tahun 2011, populasi dunia dilaporkan mencecah 7 billion orang dan bilangan populasi ini akan bertambah seramai 2 billion dalam tempoh 30 tahun akan datang.


5E2F4Ee75Bc79C3D2A699De7

Pada Hari Populasi Dunia baru-baru ini, kerajaan India telah mengehadkan bilangan anak kepada 2 orang, sama seperti apa yang dilakukan di China sebagai langkah mengurangkan populasi penduduk mereka.

Langkah pencegahan ini telah diumumkan di dua buah negeri iaitu Uttar Pradesh, negeri terpadat di India dengan anggaran 240 juta penduduk dan Assam, sebuah negeri di bahagian Timur Laut India.

India Un Population 47F23012 A94E 11E9 Bdb2 Acd0277Ecbef 1625906789067 1625906796920

Walaupun mereka belum mengenakan denda kepada keluarga yang mempunyai anak lebih dari 2 orang seperti di China, difahamkan langkah mengehadkan bilangan anak ini dijalankan bagi mengawal jumlah penduduk di negara berkenaan yang dijangka akan mengatasi China sebagai negara paling ramai penduduk menjelang 2027.

Dalam cadangan ini, dikhabarkan kerajaan India bakal memberikan ganjaran kepada pasangan yang mempunyai hanya 2 orang anak, manakala mereka yang mempunyai lebih dari itu akan didenda.

Lebih drastik, sebuah draf rang undang-undang yang ingin diwartakan di Uttar Pradesh bakal memberikan insentif kepada pasangan yang memilih untuk penstirilan sukarela selain pasangan bakal menerima pelbagai kelebihan seperti rebat cukai, subsidi pembelian rumah dan menerima wang semula atas pembayaran bil air dan elektrik.

Yogi Adityanath 640

Menurut laporan Times of India, mereka yang mempunyai lebih dari dua orang anak tidak akan layak untuk menerima sebarang subsidi kerajaan, tidak boleh memohon pekerjaan di kerajaan tempatan dan tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya!

“Peningkatan populasi adalah punca utama masalah termasuk ketidaksamaan yang berlaku dalam masyarakat. Pengawalan penduduk adalah syarat utama untuk pembentukan masyarakat maju” – Ketua Menteri Uttar Pradesh

Buat masa sekarang, Rang Undang-Undang berkenaan dalam peringkat draf dan akan dibahaskan sehingga 19 Julai sebelum diwartakan.

Situasi yang sama turut berlaku di Assam, dimana Ketua Menteri, Himanta Biswa Sharma mengumumkan langkah sama akan dijalankan di negeri berkenaan dan mereka yang inginkan lebih dari 2 orang anak tidak akan mendapat sebarang subsidi dan faedah-faedah lain.

Sumber : Insider

Baca : “Susah dapat internet” – Ayah Pegangkan Payung Untuk Anak Hadiri Kelas ‘Online’ Dalam Hujan Di Tepi Jalan

India

Sumber: Insider
Sumber: Firstpost

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.