Hari ini, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) dilanda kebakaran hutan yang sangat teruk sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 5 nyawa.
Pelakon Malaysia, Jasmine Suraya yang kini menetap di sana berkongsi jarak rumahnya hanya 10 minit dari lokasi kebakaran hutan yang berlaku berdekatan Runyon Canyon.
Artikel berkaitan: “Palisades Fire” – Di Los Angeles Korbankan 5 Nyawa, Rumah Selebriti Terkenal Turut Hangus Terbakar
Artikel berkaitan: “Nak tampar, simbah asid, bunuh” – Jasmine Suraya Nak Berhenti Berlakon Watak ‘Perampas’ Lepas Terima Banyak Ugutan
Dalam sebuah hantaran di Instagram, Jasmine Suraya atau nama penuhnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei berkongsi video kebakaran besar itu yang dirakam olehnya dari atas bumbung rumah.
View this post on Instagram
“Ini ialah Runyon Canyon. Jaraknya hanya 10 minit memandu dari tempat saya tinggal. Naik rooftop semata-mata nak tengok keadaan.
Tidak dapat menjangka kebakaran ini akan berlaku seperti di hadapan mata saya. Saya baru siap mengemas semua keperluan saya sebagai langkah berjaga-jaga,” tulisnya di kapsyen.
Di ruangan komen, ramai rakan artis yang mendoakan agar pelakon filem Paskal itu sentiasa berada dalam keadaan selamat.
Sebagai info, lebih daripada 70,000 penduduk telah diarahkan untuk berpindah bagi tujuan keselamatan, keadaan angin kencang telah memburukkan lagi kebakaran dan menyukarkan proses pemadaman api.
Sumber: Kosmo!