Bagi yang baru je habis belajar, mesti korang akan terus nak cari kerja kan? Bukan tu je, masa tengah buat internship mesti rata-rata dah tahu sendiri cara sesuai untuk mohon jawatan yang diinginkan.
Tapi, jangan pula ambil mudah je setiap proses permohonan kerja apatah lagi masa berhubung dengan orang yang mengambil tugas menguruskan jawatan yang korang nak tu. Jangan jadi macam hal yang dah kecoh kat Twitter baru-baru ni.
Youths nowadays are feeling too entitled. Once I was looking for assistants for my work in FELDA. It took me four months to find the right one. pic.twitter.com/akpSbAqEvK
— Zaim Al-Amin (@zaimhq) March 21, 2022
Dari perkongsian lelaki ini, dia telah mendedahkan perbualan Whatsappnya bersama salah seorang pemohon yang juga ‘fresh graduate’ yang kelihatan agak kurang ajar.
“Awak pergi universiti tak?”
Bukan itu saja, malah pemohon ini dengan yakinnya mengatakan bahawa dirinya tidak mempunyai sebarang portfolio untuk ditunjukkan malah hanya ingin menghantar laporan Final Year Project (FYP) miliknya sahaja.
“Saya hantar FYP boleh? Saya dapat markah 92% dan ianya bagus” – Ujar si pemohon
Namun, saat ditanya untuk huraikan apakah maksud FYP, pemohon ini dengan selamba membalas persoalan itu macam kat bawah ni…
Disebabkan sikap pemohon yang tidak profesional itu telah mendapat perhatian orang ramai, ada yang mengatakan pelajar-pelajar yang baru tamat pengajian sekarang harus mendalami cara formal untuk mohon kerja.
Harapnya korang lepas ni make sure betul-betul guna cara yang sesuai untuk mohon kerja okay? Bukan apa, dari cara kita balas urusan rasmi ni pun orang dah boleh teka apa personaliti kita…
Baca: “Ok bye thank you” – Ditegur Cara Mohon Kerja Tak Profesional, Netizen Terkejut Balasan Pemohon