Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyalurkan bantuan sebanyak RM 29,000 kepada Masjid Al-Imam Al-Ghazali bagi membantu pengurusan masjid membeli sebuah van jenazah.
Ahli Parlimen Segambut itu berkata, ianya merupakan penambahan untuk dana yang telah dikumpulkan oleh masjid tersebut.
“Saya telah dimaklumkan oleh pihak masjid mengenai keperluan mendapatkan sebuah van jenazah dan difahamkan mereka telah mengumpulkan dana tetapi masih tidak mencukupi. Saya sudah lihat kertas permohonan mereka dan saya telah menyalurkan RM29,000 untuk mencukupkan peruntukan itu.”
“Saya percaya van jenazah ini akan memanfaatkan penduduk Segambut yang memerlukan kerana penyewaan sebuah van biasa agak mahal.”
Beliau turut berharap mana-mana wakil rakyat lain di bawah Kerajaan Perpaduan untuk menjaga kebajikan kawasan mereka tanpa mengira kaum dan agama, lapor Astro Awani.
“Apabila permohonan (dana) masuk, saya tak lihat agama ini kena bagi berapa dan sebagainya, kalau ada apa sahaja keperluan kita akan salurkan mengikut kemampuan. Saya turut berterima kasih kepada penderma dana yang telah membantu membolehkan pembelian van ini.”
Baca : [VIDEO] Syed Saddiq & Hannah Yeoh Kongsi 3 Inisiatif Tangani Kesihatan Mental