in

Hannah Yeoh Kongsi Foto Bersama Kunlavut Vitidsarn, Netizen Luah Rasa Tidak Puas Hati

Hannah Yeoh Kunlavut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan ramai yang terpesona dengan ketangkasan pemain badminton perseorangan dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn yang berjaya mengalahkan pemain kebangsaan, Lee Zii Jia dalam semi final badminton yang lepas.

Malah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh juga mengakui minat dengan gaya permainan pemain badminton tersebut dan memuat posting bergambar dengan Kunlavut di Instagram.


 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hannah Yeoh (@hannahyeoh)

Tahniah Kunlavut kerana memenangi pingat perak di Paris 2024. Saya sangat menyukai cara pemainan badmintonnya. Sungguh tenang dan terkawal. Saya peminat barunya!” katanya.

Artikel berkaitan: “Apa salah saya” – Lee Zii Jia Menangis Semasa Ditemubual Wartawan, Luah Suka Duka Sebelum Genggam Pingat

Artikel berkaitan: Berjaya Naikkan Ranking Harimau Malaya, Hannah Yeoh Sedih Kim Pan Gon Letak Jawatan

“Kalau ye pun tak perlu tunjuk sangat lah” 

Posting tersebut walau bagaimanapun telah menerima beberapa komen daripada netizen yang menegur tindakan Hannah dengan mengatakan dia tidak sepatutnya memuji pemain badminton dari negara lain.

Ada juga yang merasakan posting tersebut agak tidak sensitif kerana sebelum ini pemain kebangsaan kita telah dikalahkan oleh Kunlavut.

Marah

“Tak salah menghormati pemain negara lain” 

Pun begitu, ada juga yang tampil ‘back up’ Hannah Yeoh dengan mengatakan tidak ada salahnya Hannah sebagai menteri ingin meraikan pemain dari negara lain.

Ia juga menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam menghormati pemain lain.

Sports

Apa pendapat anda? 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.