in

“Hang tanya saya, hang dah sembahyang belum?” – Asyik Ditanya Pasal Solat, Tan Boon Heong ‘Smash’ Balik Netizen

Ft Tan Boon Heong Ceramah Solat 5 Waktu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas pemain badminton negara, Tan Boon Heong kini semakin mendapat tempat di hati netizen selepas atlet itu dijemput menjadi tetamu khas di studio arena sukan dan mengulas acara badminton di Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini. Selain gelagatnya yang spontan dan bersahaja itu, Tan Boon Heong turut mendapat perhatian dan semakin ramai suka melihat celotehnya di akaun media sosial.

Recently, atlet beregu badminton itu ada membuat live dan ramai juga yang tak lepaskan peluang untuk join tonton sesi tersebut. Melalui live itu, Tan Boon Heong dilihat bersembang dan menjawab pertanyaan netizen yang mahu mengenalinya dengan lebih dekat.


Tan Boon Heong Ulas Badminton

 

Ceramah netizen pasal sembahyang

Klip pendek daripada live tersebut telah dikongsi semula oleh seorang pengguna TikTok di mana ketika itu Tan Boon Heong sedang menjawab pertanyaan netizen sama ada dia sudah sembahyang atau belum.

Selepas dihujani soalan yang sama itu, dia dilihat menjawab sambil memberikan sedikit ‘tazkirah’ buat netizen yang menonton live tersebut ketika itu. Tidak naik angin atau marah, dia menjawab soalan itu dengan cool dan berkata,

Tanya aku sembahyang, sembahyang… Aku sembahyang dua kali je, hangpa sembahyang kena 5 kali.”

Hang duk tanya saya dah sembahyang belum, hangpa dan sembahyang belum? Kena 5 kali, jaga jaga..”

Saya dua kali (sembahyang) je (sehari). Pagi sekali, malam sekali.”

https://www.tiktok.com/@vampswlf_/video/6991863853164350747

 

“Tanya lagi tentang solat orang, kena smash sudah”

Ramai netizen geli hati dengan respon Tan Boon Heong dan ada yang akui berasa tersentak dengan ceramah pendek daripadanya itu. Ada yang memuji atlet dari Kedah itu kerana peka dengan perkara sebegitu meskipun berlainan agama.

Komen Tbh1

Komen Tbh2

Beberapa netizen berkata memang seronok dan menghiburkan tonton live Tan Boon Heong sebab dia pandai berinteraksi dan karakternya yang kelakar itu tidak dibuat-buat. Disebabkan viral selepas dijemput ke Astro Arena baru-baru ini, ramai netizen berpendapat dan mahukan dia menjadi pengulas tetap. Netizen memujinya kerana cara dia ulas perlawanan itu membuatkan penonton tidak stress serta menghiburkan.

Kalau tak kerana dia ulas game badminton haritu, ramai tak tahu Tan Boon Heong ni sempoi dan kelakar orangnya. Mesti dekat luar jenis humble dan bersahaja…

Baca: “Mcm mana nak tampar online ek” – [VIDEO] Netizen Baru Nak Simpati Wanita Terpaksa Bagi Anak Minum Glucose, Rupanya…

Ft Susu Anak Habis Air Glucose Kambing

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.