Semalam, buat pertama kalinya UK mendedahkan kisah tentang perogol bersiri paling teruk di dunia, Reynhard Sinaga selepas dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
Lelaki ini telah didakwa atas 159 serangan, termasuk 136 rogol, lapan cubaan merogol dan 15 gangguan seksual terhadap 48 mangsa.
Reynhard yang berasal dari Indonesia ini merupakan seorang anak hartawan di Indonesia. Kehidupannya di Britain ditanggung sepenuhnya oleh duit yang dihantar oleh bapanya yang terlibat dalam perniagaan kelapa sawit.
Menurut Daily Mail, bekas rakannya di Manchester mengatakan yang Reynhard selalu cakap besar tentang kekayaan keluarganya di Indonesia.
Ayahnya sangat kaya. Mereka ada rumah agam besar di tengah Jakarta dan dia sering cerita tentang orang gajinya, pemandunya dan kekayaannya.”
Seperti Malaysia, Indonesia juga merupakan negara yang menolak homoseksualiti bahkan di beberapa negeri, golongan LGBT boleh dihukum.
Kerana itu, Reynhard suka tingal di Manchester yang lebih sesuai dengan kehidupannya sebagai homo dan tak pernah melindungi seksualitinya.
Perogol ini juga mengaku, setiap kali pulang ke kampung untuk melawat keluarganya, dia akan mengenakan penampilan yang lebih konservatif.
Saya rasa keluarganya tahu yang dia tak normal tapi dia tak pernah beritahu mereka yang dia gay. Bila dia nak pulang ke rumah, dia akan tukar gaya rambut dan pakaiannya.”
Bukan tu je, Reynhard dikatakan tak nak pulang dan tinggal di Indonesia kerana ibu bapanya, Saibun dan Normawaty yang tak tahu tentang seksualitinya ini mahu dia berkahwin dan mempunyai keluarga.
Menurut kawannya lagi, ibu bapa Reynhard cuba jodohkan lelaki ini dengan beberapa wanita di negaranya.
Dia obses dengan Spice Girls dan dia cakap keluarganya tak pernah faham dirinya dan menganggap Reynhard sebagai ‘pelik'”
Bagi rakan-rakannya di UK, dorang melihat Reynhard sebagai lelaki yang sering keluar dating dan banyak tidur dengan lelaki lain.
Seingat saya, setiap minggu dia selalu keluar dengan orang lain-lain. Keluarga dia kaya sangat sampaikan dia tak perlu bekerja untuk cari duit.”
Reynhard atau lebih mesra dengan panggilan Rey dalam kalangan kawan-kawan datang ke UK sebagai seorang pelajar pada tahun 2007, ketika dia berusia 24 tahun. Dia telah menghabiskan empat master dan menyambung pengajian dalam peringkat Phd.
Penyabitan Reynhard ini telah mengejutkan keluarganya yang sering datang ke UK untuk melawatnya dan dipercayai mereka telah datang ke Britain buat kali terakhir untuk melawat dia di penjara.
Ini adalah berita mengejutkan yang mereka perlu lalui. Ibu dan kakaknya Friska telah memberi rujukan untuk Reynhard dan hakim bersetuju yang keluarga lelaki ini memang tak tahu tentang sisi gelap anak mereka.
Bapa lelaki ini pula enggan memberikan komen tentang perkara ini.
Di Indonesia, keluarga dan rakan-rakan Reynhard telah memutuskan hubungan dengan lelaki ini dengan membuang link dan gambar-gambarnya di media sosial.
Tak boleh nak salahkan doranglah kalau dorang tak nak ada apa-apa kaitan dengan lelaki ni.