Hati keluarga mana yang tak hancur apabila melihat anak dan adik beradiknya menjadi mangsa kekejaman domestik, terutamanya si ayah yang ‘melepaskan’ anak perempuannya itu kepangkuan suaminya tetapi rupa-rupanya dia berada disisi orang yang salah.
Hidup seorang wanita yang tengah hamil 4 bulan yang sebelum ini ceria, sempurna dan mempunyai kerjaya berubah sekelip mata apabila dia dipukul oleh suaminya sampai kena masuk wad, perkongsian itu dikongsikan sendiri oleh adiknya menerusi akaun TikTok.
Hancur hati dan perasaan ayah kami, mengizinkan kau menikah dengan kakak kami.”
Menurut perkongsian daripada adiknya @ziahzara15 ini kes kakaknya ini mendapat liputan daripada pemberita TV3 dan ia telah mendapat perhatian daripada Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun.
Menurut adiknya, penderaan ini bermula pada 4 Mei 2021 lalu sehingga mangsa koma, lebih menyedihkan lagi mangsa pada waktu itu sedang hamil.
Menurut Berita Harian, pelaku yang merupakan suami kepada mangsa telah ditahan pada 11 Jun lalu dan didakwa.
Akibat penderaan tersebut, mangsa kini mengalami kerosakan otak, patah tulang rusuk, tulang belakang dan rahang.
Dari seorang yang sempurna, ceria, bekerjaya, sekelip mata kau jadikan dia OKU, hancur hati dan perasaan ayah kami, mengizinkan kau menikah dengan kakak kami…Sampai bila-bila pun kau takkan mampu mengubah apa yang kau dah lakukan”
@ziahzara15 ❤️❤️#ziahzara pukulbini #pregnant #braindamage #deraisteri #lakidayus
Biarpun begitu, adiknya tetap akan menjaga kakaknya itu, banyak lagi perkongsian dan perkembangan terhadap mangsa menerusi akaun TikTok ini.
Lapor Kosmo! Mangsa dan pelaku pada waktu itu baru sahaja 7 bulan menikah dan kejadian itu berlaku semasa mangsa berada di rumahnya di sebuah pangsapuri di Larkin.
Baca : Isteri Dipukul Suami Akibat Bergaduh Kerana Ayam Tidak Dicuci Dengan Bersih