in

“Hampir seminggu muntah & cirit-birit” – Shaheizy Sam Dedah Satu Keluarga Sakit, Tak Tahu Punca

satu keluarga sakit syatilla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon terkenal Shaheizy Sam memaklumkan keluarganya berada dalam keadaan tidak sihat selepas isterinya Syatilla Melvin berkongsi sebuah foto menunjukkan matanya kemerahan.

Sam menyatakan hampir seminggu mereka diserang sakit dengan mengalami muntah dan cirit-birit tetapi tidak mengetahui puncanya, lapor Kosmo!.


Menurut Sam, pada awalnya anak-anak perempuannya yang jatuh sakit dan kemudian menjangkiti dia dan isterinya.

Artikel berkaitan: Wajah Atlet Olimpik Uzbekistan Mirip Shaheizy Sam, Reaksi Pelakon Ini Buat Ramai Terhibur

Artikel berkaitan: “Ni bab* ke lipas?”-[VIDEO] Lipas Tiba-Tiba Terbang Depan Muka, Syatilla Melvin Lari Lintang Pukang Macam Nampak Hantu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syatilla Melvin (@samtilla)

“Awalnya anak-anak perempuan Sarima dan Salama yang sakit muntah-muntah dan cirit-birit.

“Syatilla pula sebelum demam, mata sudah tidak selesa, gatal dan berair serta rasa kabur. Selepas mata dia mula nak okey, sehari selepas anak-anak demam, Syatilla pula demam.

“Bila sudah mula muntah-muntah, mata Syatilla yang sebelum itu mula okey menjadi merah seperti pembuluh mata pecah,” ujar Sam.

syatilla melvin 2

Bimbang keadaan menjadi lebih teruk, mereka sekeluarga mendapatkan rawatan di hospital yang berdekatan dengan rumah.

“Kami sudah pergi ke hospital. Alhamdulillah tidak ada virus yang membimbangkan seperti kencing tikus atau denggi.

“Jangkaan saya mungkin terkena rotavirus, tetapi doktor tidak pula cakap virus itu. Jadinya, kami ke hospital untuk menjalani pemeriksaan darah dan juga ambil drip air supaya tidak dehidrasi,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Sam yang merupakan orang terakhir berjangkit bersyukur kerana anak sulungnya, Syeriv memiliki imun yang kuat.

Dalam pada itu, dia mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan rakan-rakan yang mendoakan kesihatan keluarganya.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.