Kita mesti akan risau kalau akaun peribadi kita digodam tanpa sedar. Tak kira lah akaun bank atau akaun media sosial, kalau kena hack, mesti kita akan susah hati kan.
Itu lah yang terjadi kepada YouTuber tanah air, Sofyank96. Akaun YouTube dengan 547k subscribers miliknya telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Mujur Sofyank sempat perasan nak bertindak cepat. Ikuti thread yang dipetik dari Twitter @sofyank96 mengenai pengalamannya berdepan masalah ini.
Nasib baik sedar awal. Kalau lambat tu alamatnya habis lah akaun YouTube Sofyank kena hack.
Siapa tak cuak kan dapat email notification kata pasal security alert. Pastu ada pulak Critical Security Alert. Panik lah juga kalau jadi kat min.
Nak reset password pun tak boleh. Kalau keadaan macam ni biasanya hacker dah dapat dan ada akses kepada akaun kita.
Memang confirm kena hack sampai hackers dah berjaya tukar semua akses kepada recovery options. Panik weh kalau jadi macam ni.
Nasib baik ada backup dekat recovery email dan ada akses untuk masuk. Alhamdulillah dapat masuk balik ke akaun email.
Hackers dah tukar recovery email Sofyank kepada email dorang. Nasib baik Sofyank bertindak cepat. Memang boleh nampak aktiviti yang hackers tu memang betul-betul tukar password email.
Nasib baik hackers tak sempat buat apa-apa dekat akaun YouTube Sofyank. Dan nasib baik juga Sofyank cepat perasan akaun beliau dah kena hack.
Harap kita semua boleh ambil pengajaran dari kejadian ini dan pertingkatkan security kita ketika guna akaun media sosial.
Baca: “Bayangkan kalau dorang collab” – Pertemuan Khairul Aming & Sofyank Di Kelantan Jadi Bualan Netizen