Penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan telah menarik perhatian ramai apabila membuat kemunculan dalam rancangan realiti terbesar dunia, America’s Got Talent musim baharu ini.
Menerusi video yang bersiaran pada 19 Julai, persembahan Cakra telah menarik perhatian salah satu juri utama, Simon Cowell.
Simon hampir minta Cakra henti menyanyi
Cakra pada awalnya menyampaikan lagu Make It Rain nyanyian Ed Sheeran telah dihalang Simon untuk menghentikan nyanyiannya dan tindakan juri tersebut telah diprotes penonton yang berada dalam dewan tersebut.
Cakra Khan dapat 4 yeses dari juri-juri di America’s Got Talent. Walaupun kena stop awalnya oleh Simon sebab lagu tak best. No Woman No Cry by Cakra Khan, memang power suara husky dia.
— Ikhwan (@JatIkhwan) July 19, 2023
Simon kemudian mengatakan bahawa dia suka nyanyian Cakra namun tidak menyukai lagu tersebut. Beliau yang terkenal dengan sikap cerewetnya itu kemudian meminta Cakra menukar lagu yang mana penyanyi itu memilih lagu No Women No Cry nyanyian asal Bob Marley.
Persembahannya itu ternyata telah memukau barisan juri dan penonton apabila diberi standing ovation sebelum mendapat empat yes sekali gus melayakkan dirinya ke peringkat seterusnya.
Sementara itu, ketika ditanya perancangan sekiranya memenangi pertandingan tersebut, Cakra memberitahu dia mahu menggunakan wang kemenangan untuk membina rumah perlindungan haiwan.
View this post on Instagram
Terdahulu, seorang lagi peserta dari Indonesia yang menyertai uji bakat program AGT ini telah menawan dunia hiburan selepas mendapat Golden Buzzer daripada Simon.
Bukan sahaja peminat Indonesia, peminat dari Malaysia juga turut berbangga dengan pencapaian penyanyi yang terkenal dengan lagu Kekasih Bayangan ini dan berharap beliau dapat memasuki ke peringkat akhir program itu.