Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak Kementerian Pertahanan Malaysia buat keputusan untuk menyaring hampir 900,000 pekerja warga asing dalam masa terdekat.
Lapor Berita Harian, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia antara pelan tindakan dan mekanisme awal dilakukan Kementerian Sumber Manusia selepas kerajaan memutuskan supaya semua pekerja asing di negara ini perlu berbuat demikian.
Katanya pada sidang media di ibu pejabat Kementerian Pertahanan hari ini, kos bagi setiap ujian saringan ialah RM60 dan jumlah pekerja asing yang bakal disaring ialah seramai 888,342.
Semua pekerja asing akan disaring melalui kaedah RTK-antigen dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan menanggung kos RM60 bagi setiap ujian saringan.
Kementerian Sumber Manusia dan PERKESO akan menyelaras ujian saringan kepada pekerja asing daripada pelbagai aspek termasuk jumlah pekerja, fasiliti klinik dan makmal selain kos ujian saringan.
Kementerian sama juga akan menyediakan jadual terperinci bagi proses pelaksanaan program ini yang dijangka mengambil masa empat hingga enam minggu untuk diselesaikan.”
Ramainya!