Satu kajian mengenai status hubungan individu di seluruh Asia Tenggara yang dilakukan oleh Bahagian Penduduk, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memberi penerangan terhadap lanskap sosial di rantau ini.
Perkongsian data oleh SeaAsia Stats tersebut juga mendedahkan Filipina merupakan negara teratas yang mana penduduknya dikenal pasti mempunyai status sebagai bujang ataupun ‘single’ diikuti oleh Brunei dan Malaysia.
Menurut penjelasan mengenai data berkenaan, status ‘single’ yang dimaksudkan adalah penduduk yang dikenal pasti sebagai belum berkahwin, bercerai, berpisah dan juga balu.
Menduduki tempat ke-3 dengn 44.68% mereka yang berstatus ‘single’, data tersebut juga menggariskan beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan individu bujang di Malaysia, termasuk pandangan mereka tentang institusi perkahwinan, peningkatan ekonomi dan juga peningkatan keperluan sosial mereka yang masih bujang.
Dalam pada itu, ahli sains sosial dan juga pakar menegaskan bahawa trend ini mencerminkan transformasi yang lebih luas telah berlaku dalam masyarakat di negara ini.
Artikel berkaitan : “Mungkin lama dia pendam” – Suami Didakwa Curang, Isteri Lepas Geram & Bertekak Dengan ‘Penyondol’
Artikel berkaitan : “Nak ikut agama, ikut habis-habis” – Lelaki Beri Pesanan Pada Suami Yang Nak Kahwin Lebih Dari Satu
Tambah mereka, individu di Malaysia semakin mengutamakan ruang peribadi, penjagaan diri dan juga kesejahteraan emosi berbanding tanggapan tradisional mengenai perkahwinan serta kewajipan berumah tangga.
Sementara itu, menurut data perkahwinan dunia tahun 2019 pula mendapati lebih 80% dari pada wanita berusia 30 tahun hingga 54 tahun masih berkahwin manakala peratusan yang sama pula dicatatkan oleh kaum lelaki berusia 35 hingga 74 tahun di negara ini.
Sumber : UN