Peminat filem tempatan pastinya tidka asing dengan nama Sharifah Amani. Mula menempa nama di dalam industri perfileman menerusi filem Sepet, penampilan Sharifah Amani dalam setiap filem yang dibintanginya pasti ditunggu-tunggu oleh semua orang.
Terkini, pelakon yang lebih mesra dengan panggilan Nani itu mengumumkan berita gembira mengenai kehamilannya. Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh beliau menerusi X.
Korang boleh tengok video pendek @sharifahamani di bawah.
Syukur Alhamdulillah ✨?✨
Also happiest birthday SuaMed ? https://t.co/lwb4KIr8Ns pic.twitter.com/Hj5GIRANJM— Sharifah Amani ?? (@sharifahamani) February 4, 2024
Artikel berkaitan: “Guys, Kakak Kajol reply ai” -Sharifah Amani Excited Ditegur Kajol Di Twitter
Artikel berkaitan: Puteri Sarah Dikecam Hisap Vape Masa Live, Pembantu Peribadi Perjelas Sebenarnya…
Tahniah Nani!
Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Nani dan suami. Kalau tengok ruangan komen pun ramai yang tumpang gembira dengan berita ini.
Tahniah untuk pasangan dua sejoli ni. Semoga perjalanan ini dipermudahkan sampai bayi lahir.
Amiiinn… Sebagai pemerhati, kita doakan yang terbaik untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Doa dari jauh pun boleh.
Lepas ni Nani dah boleh ambil tips pengalaman ibu-ibu yang pernah mengandung di luar sana. Kena banyak rehat supaya ibu dan bayi sentiasa sihat.
Tak sangka kan, selepas beberapa tahun follow Nani, akhirnya dapat berita gembira macam ni. Kita pun tumpang bangga lah.