Amalan biasa di mana-mana negara sekalipun, kenderaan kecemasan seperti ambulans, polis, bomba dan sebagainya akan diberikan laluan oleh kenderaan lain lebih-lebih lagi sekiranya lampu amaran atau siren dihidupkan yang menandakan mereka dalam kecemasan.
Pun begitu, masih ada segelintir individu yang berdegil dan sanggup menghalang kenderaan-kenderaan kecemasan tersebut di jalanraya.
Terbaharu, seorang pengguna di Facebook telah berkongsi sebuah video di mana ambulans yang sedang dalam perjalanan membawa pesakit ke hospital di Pulau Pinang telah dihalang oleh sebuah kereta.
Difahamkan kejadian berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menuju je Pulau Pinang.
Menerusi video perkongsian Hazwan Rosdy di Facebook itu, kedengaran beberapa kali juga ambulans berkenaan terpaksa membunyikan siren sebagai tanda untuk meminta pengguna jalanraya memberikan laluan.
Meskipun siren dan hon telah dibunyikan sebuah kenderaan Myvi berwarna coklat cair yang berada di lorong paling kanan kelihatan tidak mengendahkan langsung ambulans berkenaan dan terus kekal tidak mahu memberikan laluan.
Ayah kepada kawan saya sakit.. hendak dibawa ke Hospital Pantai Penang dari Perak.. Sedang dalam perjalanan di lebuhraya utara selatan menuju ke Pulau Pinang ada Myvi ni menghalang ambulan dan tak mahu bg jalan kepada ambulan.. MYVI COLOR TEH AIS
Sumber Hazwan Rosly pic.twitter.com/IZQGR97zPW
— #UpdateInfo??? (@update11111) April 18, 2024
Tambah Hazwan lagi, ketika kejadian, ambulans berkenaan sedang membawa seorang pesakit yang juga merupakan bapa kepada rakannya dan mereka dalam perjalanan dari Perak ke Pulau Pinang.
Dalam hantaran tersebut, Hazwan juga ada kongsikan nombor pendaftaran kenderaan tersebut dan menggelarnya ‘Myvi Teh Ais’.
Video yang memperlihatkan sikap pemandu ‘Myvi Teh Ais’ itu turut tular di laman X dan ianya secara tak langsung mengundang kecaman ramai kerana berang dengan sikap mementingkan diri pemandu kenderaan yang dipanggil ‘king’ tersebut.
Dalam masa yang sama, ada juga yang meminta pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap pemandu Myvi berkenaan.
Sumber : Facebook