Semalam, tular di X mengenai seorang individu yang meminta bantuan orang ramai untuk mendapatkan rakaman dashcam kenderaan yang melalui jalan di sekitar Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor.
CCTV nampak ayah kemalangan
Dalam hantaran tersebut, individu itu turut mengepilkan rakaman litar tertutup (CCTV) dari sebuah rumah yang menampakkan lokasi kejadian di mana ada sebuah motosikal telah terbabas di jalan.
Artikel berkaitan: “Dua-dua panas baran” – Kereta Honda & Waja Berhimpit Atas ‘Highway’ Sampai Kemalangan
Artikel berkaitan: “Man.. ayah kau” – Isteri Meraung Pilu Lihat Suami Maut Dalam Kemalangan Di Jasin
Difahamkan, penunggang motosikal tersebut merupakan bapa kepada individu tersebut telah pun meninggal dunia ketika pulang dari pasar malam selepas membeli nasi ayam untuk ibunya yang tidak sihat pada hari itu.
Arwah ayah saya accident selepas balik dari pasar malam nak beli nasi ayam untuk ibu sebab ibu tak sihat hari tu.
CCTV ni satu satunya bukti kejadian ini tapi tak nampak clear sangat. Jadi saya merayu sangat sangat untuk sesiapa yang lalu waktu itu, jika ada footage yang jelas sila dm saya.
Jika dilihat dalam CCTV, motosikal tersebut seolah-olah dilanggar dari sisi oleh sebuah kereta 4×4.
18/4/2024: Assalammualaikum, saya dengan rendah diri meminta pertolongan sesiapa yang mempunyai dashcam/ menjadi saksi waktu kejadian ini untuk memberi kerjasama. Arwah ayah saya accident selepas balik dari pasar malam nak beli nasi ayam untuk ibu sebab ibu tak sihat haritu? pic.twitter.com/V01dnlr3Ie
— drin (@creqmpufw) April 22, 2024
Kenyataan rasmi polis
Bagaimanapun, melalui satu hantaran oleh Polis Daerah Kajang di Facebook memaklumkan bahawa penunggang motosikal itu dipercayai telah hilang kawalan sebelum terjatuh ke atas jalan.
Apabila melalui Jalan Semenyih, Bandar Tasik Kesuma, pemandu M/4×4 telah melihat sebuah motosikal, dipercayai hilang kawalan telah terjatuh ke atas jalan. Akibat daripada kemalangan ini penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Dalam pada itu, pemandu kenderaan 4×4 tersebut telah tampil memberi keterangan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.
Allahu.. moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman..