Penyanyi dan pelakon terkenal dari negara jiran, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali dengan panggil BCL telah menjadi perhatian warganet setelah memuat naik video anaknya Noah Sinclair di Instagram story miliknya.
Menerusi video berkenaan, BCL merakam Noah yang sedang bersiap-siap untuk memulakan sesi persekolahan sebagai seorang pelajar Sekolah Menegah Pertama (SMP), namun kelibat haiwan peliharaan berbulu pula yang mencuri tumpuan ramai.
https://www.tiktok.com/@nyunyujoea/video/7195075653039820059
Video yang dimuat naik semula ke laman sosial TikTok itu telah mendapat lebih daripada 3 juta jumlah tontonan dan meraih 98K tanda suka dalam masa dua hari, semasa artikel ini ditulis.
Rata-rata netizen mendakwa bahawa haiwan tersebut merupakan seekor anjing peliharaan keluarga BCL dan dapat dilihat ia sangat aktif sehingga mengekori Noah ke kereta.
“Apa haiwan berbulu tu? Arnab ke? Bukan main lagi goyang-goyang ekor dia,” kata salah seorang netizen.
Perkongsian tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang daripada peminatnya yang mula mempersoalkan tindakannya membela anjing sebagai haiwan peliharaan walaupun dirinya adalah seseorang yang beragama Islam.
Walaubagaimanapun, kebanyakkan warganet dari negara seberang menyebelahi tindakan BCL itu dengan mengatakan penduduk Indonesia sememangnya sudah biasa dengan cara hidup sebegitu.
“Kucing dia pandai lompat-lompat” – Netizen
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen seolah-olah memerli gaya hidup penyanyi yang berasal dari Indonesia itu dan ada juga yang mempersoal tahap pemahaman BCL mengenai agama Islam.
Hmmm apa pendapat korang?
Baca : [VIDEO] Aksi Anjing Merajuk Sampai Abang Bomba Kena Pujuk Buat Netizen Terhibur