Nampaknya, isu rumah tangga Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada masih belum selesai. Disebabkan pelbagai kisah yang telah tular sehingga mengaibkan keluarganya, Hafidz telah meminta Nurul Shuhada menarik kembali segala penerbitan umum dan gambar keluarga berkaitan isu rumahtangga mereka dalam masa 48 jam.
Menurut posting yang dimuat naik oleh Hafidz, dia sudah lama berdiam diri walaupun pelbagai fitnah telah ditaburkan terhadapnya. Disebabkan tidak ada cara untuk mencari jalan berdamai, Hafidz telah memuat naik posting tersebut untuk mendapatkan perhatian Nurul Shuhada.
View this post on Instagram
Tambah Hafidz lagi, posting yang menyatakan bahawa ahli keluarganya turut bersubahat adalah satu fitnah.
Disebabkan posting tersebut, ahli keluarga Hafidz telah berhadapan dengan pelbagai bentuk kecaman daripada orang awam. Keselamatan dan juga kesejahteraan hidup keluarganya juga terjejas.
Pada akhir posting tersebut, Hafidz masih sempat mengingatkan Shuhada bahawa dia masih lagi bapa kepada anak-anaknya. Dia juga masih ingin memberikan nafkah yang halal dan tidak mahu mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya.
Menurut laporan oleh Harian Metro, pelakon lelaki berusia 29 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Baharu pada hari Isnin nanti. Dia juga akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Ini adalah rentetan laporan Nurul Shuhada yang menyatakan telah ditumbuk suaminya sehingga cedera di bahagian mata. Nurul Shuhada turut memuat naik gambar kecederaan muka yang dialaminya di media sosial.
Sudah-sudahlah tu ye, biarkan pihak berkuasa sahaja yang uruskan masalah ini.
Baca: Tak sangka ini hadiah ulang tahun, Shuhada Terima 10 Jahitan Lepas Ditumbuk Hafidz Roshdi