in

Hadir Pesta Kaamatan di Sabah, PMX Sebenarnya Bukan PM Pertama Yang Hadir Tapi…

anwar pm pertama sambut kaamatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang semua sedia maklum, walaupun tidak disambut oleh mereka yang tinggal di Semenanjung, Hari Gawai dan Kaamatan adalah hari kebudayaan yang disambut oleh mereka yang berada di Sarawak dan Sabah.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah hadir ke sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri yang diadakan di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) dekat Penampang, Sabah.


hm254nuarr 1685517276

PMX didakwa PM pertama sambut Kaamatan di Sabah tapi… 

Kehadiran PMX pada sambutan tersebut ternyata diterima baik pemimpin di sana sehinggakan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, Anwar merupakan “Perdana Menteri Malaysia pertama” yang hadir ke Pesta Kaamatan peringkat negeri tersebut.

Hari ini merupakan hari istimewa dan bersejarah kerana Perdana Menteri, bapa perpaduan dan Malaysia Madani menyambut Kaamatan bersama kita. 

“Sebelum ini, tiada seorang pemimpin yang merupakan perdana menteri menyambut Kaamatan bersama dengan kita,” katanya.

BH31ANWARSABAH2 1685504602

Namun menurut laporan The Star, Anwar bukanlah PM pertama yang menyambut Kaamatan di Sabah, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan bekas PM sebelum ini juga pernah menyambut Kaamatan pada tahun 1994.

Ia sebenarnya satu perkara yang jarang-jarang dilakukan perdana menteri untuk terlibat sama dalam festival kebudayaan dan Tun M merupakan PM terakhir sebelum ini yang menyambut Kaamatan sebelum Anwar.

1546917cdc0cdc74bede48619de5e823

Tun M dilaporkan turun ke Sabah tiga bulan selepas Barisan Nasional berjaya mengalahkan kerajaan negeri Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diketuai Pairin pada bulan Mac 1994.

Pairin yang merupakan presiden KDCA pada 1994 tidak hadir pada sambutan Pesta Kaamatan pada tahun tersebut.

“Ini bukanlah yang terakhir” 

Dalam pada itu, PMX ketika ucapan penutup Kaamatan telah mengucapkan terima kasih kepada Pairin.

Saya sangat tersentuh dengan Pairin yang mengatakan ini merupakan pertama kali seorang perdana menteri telah menyertai acara ini tetapi saya percaya ini bukanlah yang terakhir. 

“Minggu depan saya akan menghadiri sambutan Gawai di Sarawak,” kata Anwar.

BH31ANWARSABAH3 1685504606

Anwar pada masa yang sama telah meluluskan dana RM1,000,000 kepada KDCA untuk menganjurkan sambutan Kaamatan peringkat negeri.

Walaupun Pairin tidak meminta, saya telah bersetuju untuk memberikan RM1 juta dana kepada KDCA untuk aktiviti mereka,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh dari penonton.

Harap selepas ini keperluan mereka yang di Sabah dan Sarawak tidak dilupakan. Selamat menyambut Kaamatan dan Hari Gawai buat semua yang menyambutnya! 

Sumber: Berita Harian, The Star

Baca: Pamer Pakaian Tradisional Di KL, Etnik Sabah & Sarawak Buat Orang Ramai Terpegun

sabah sarawak

Sumber: BH
Sumber: Yahoo
Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.