in

Hadapi 11 Pertuduhan, Firdaus Wong Jadi Saksi Kes Perbicaraan Ustaz Ebit Lew

Ft Ebit Lew Hadap Ke Mahkamah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini merupakan hari perbicaraan buat pendakwah bebas Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew (UEL) di Mahkamah Majistret Tenom di Sabah. Menurut laporan BERNAMA, perbicaraan yang melibatkan kes gangguan seksual itu akan dijalankan sehingga 30 September.

 

Hadapi 11 pertuduhan


Menurut laporan sumber lagi, UEL menghadapi 11 pertuduhan, antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac & Jun tahun lepas.

 

Firdaus Wong tampil jadi saksi pendakwa raya

Susulan itu, pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung hari ini akan menjadi saksi terhadap kes perbicaraan tersebut.

Menerusi perkongsiannya di Facebook hari ini, dia bersama seorang pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi akan bertindak sebagai saksi pendakwa raya, dia mengharapkan doa orang ramai agar segala urusan perbicaraan dapat dijalankan dengan lancar.

https://www.facebook.com/FirdausWongMRM/posts/pfbid02fN4sfeRmKQ41grdJzaTowwE5QgW9nNrog5o2rggTwcvPRfdADbvLTdHgCt4dYUe4l

Dalam pada itu, Firdaus Wong juga berharap agar perbicaraan hari ini akan mendapat keadilan dan kebenaran yang sebenar.

Apapun, sama-samalah kita tunggu keputusan nanti macam mana.

Baca : [TERKINI] Ebit Lew Didakwa, Babit 11 Pertuduhan Gangguan Seksual

Ebit Lew Dihadap Ke Mahkamah Gangguan Seksual

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.