in

“Habislah jam teruk lepas ni” – Rakyat Sudah Dibenarkan Bergerak Lebih 10KM Mulai Hari Ini Tapi…

PKPB

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak 1 April lepas, kita diperintahkan agar tidak bergerak melebihi 10 kilometer dari kediaman masing-masing ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Walaupun untuk membeli makanan atau ubat, semua perjalanan hendaklah dalam lingkungan radius 10 kilometer sahaja, lapor Berita Harian. Perkara itu dinyatakan dalam syarat-syarat pergerakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.


pkp

Terbaru menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Ismail Sabri Yaakub, orang ramai kini sudah dibenarkan untuk bergerak melebihi radius tersebut di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa hari ini.

Menurut Berita Harian, peraturan tersebut yang diguna pakai dalam PKP sebelum ini sudah tidak dilaksanakan di bawah PKPB lagi.

Meskipun begitu, beliau menegaskan bahawa perjalanan merentas negeri masih belum dibenarkan. Pada sidang medianya di Putrajaya hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata,

Tidak ada lagi radius 10 kilometer dalam peraturan PKPB. Tidak ada lagi. Bagaimanapun, rentas negeri masih dalam senarai yang dilarang. Masih belum dibenarkan dalam PKPB ini.”

Baca: “Dah boleh agak nama kluster baru nanti”- MENGEJUTKAN! Terkini Keadaan Di Kenanga Wholesale City, 4 Mei!

FEAT 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.