in

“Habis semua kantoi” – [VIDEO] Cikgu Buat ‘Live’ Ketika ‘Spotcheck’, Netizen Komen ‘Port’ Sorokkan Barang

spotcheck live

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman persekolahan adalah masa yang sukar untuk dilupakan baik kenangan manis atau sebaliknya, ia kerana masa remaja adalah waktu di mana kita pertama kali didedahkan dengan dunia luar serta kawan-kawan yang baru.

Mereka yang sekolah berasrama pula ada kenangan mereka tersendiri, ukhuwah mereka lebih kuat kerana hampir setiap masa mereka akan melakukan aktiviti harian bersama.


Sesi pemeriksaan mengejut atau spotcheck merupakan antara perkara yang paling ditakuti oleh pelajar-pelajar sekolah menengah, banyak barangan yang dilarang untuk dibawa ke sekolah bagi tujuan keselamatan.

Seiring dengan arus teknologi, para guru serta warden turut menggunakan aplikasi untuk memudahkan sesi spotcheck.

Terbaru, seorang guru menggunakan platform TikTok Live ketika membuat spotcheck dan meminta netizen membantu dengan cara meninggalkan komen tempat-tempat yang biasa digunakan pelajar untuk menyorokkan barang-barang terlarang.

Video TikTok yang dimuat naik semula di Twitter itu mendapat perhatian netizen dan ramai yang turut berkongsi di mana port terbaik untuk sorokkan barang-barang agar tidak terkantoi.

Tidak kurang juga, ramai yang menyatakan murid-murid zaman sekarang sudah tidak ‘selamat’ dari pemeriksaan mengejut tersebut.

cats 1

Korang ada pengalaman sama tak? Cuba share sikit!

Baca: [VIDEO] Detik Cemas Tembok Asrama Perempuan di Kedah Runtuh Kerana Banjir

Ft Tembok Asrama Perempuan Runtuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.