Macam yang korang tahu, 1 April lepas sempadan darat antara Malaysia dan Singapura telah pun dibuka selepas dua tahun ditutup.
Selain ramai yang gembira sebab dapat kembali bersatu dengan keluarga yang lama terpisah, tapi banyak juga cerita-cerita tak sedap didengar sejak-sejak sempadan dibuka ni.
Terbaru, salah seorang pengguna Twitter telah kongsikan gambar kucing-kucing di Damansara Aliff, Johor Bahru yang dilihat mati bergelimpangan gara-gara diracun.
2 tahun Singaporean tak balik, elok semua kucing. Ada yg kucing jiran terpaksa lepaskan sebab tak mampu nak jaga masa PKP, jiran lain tolong bagi makan. Singaporean balik, habis mati semuanya diracun.”
Dikatakan, kucing-kucing ini telah diracun oleh jiran-jiran yang datang dari Singapura selepas sempadan dibuka.
Tambahnya lagi, beberapa tahun lepas kejadian yang sama pernah berlaku selepas jiran tersebut mengatakan kucing-kucing di sana telah mengganggu burung peliharaan mereka.
Dikatakan juga, laporan polis telah pun dibuat dan pihak berkuasa juga telah mengambil keterangan dari jiran-jiran di sana. Menurut netizen ini, jirannya juga turut menyaksikan perbuatan tersebut dilakukan dihadapannya.
Untuk pengetahuan korang, menganiaya binatang adalah salah satu jenayah di Malaysia dan jika didapati bersalah, pesalah boleh dikenakan denda sebanyak RM20,000 ke RM100,000 dan penjara tak lebih dari tiga tahun.
Kenapalah kejam sangat? Tak pasal-pasal kucing yang jadi mangsa…