Manchester City sekali lagi menjadi tumpuan selepas penyerang mereka, Erling Haaland, didakwa terlibat dalam insiden kontroversi sebelum perlawanan suku akhir Piala FA menentang Southampton baru-baru ini.
Memetik laporan Astro Awani, Haaland dilaporkan telah memukul kepala maskot kelabnya, menyebabkan individu tersebut mengalami kecederaan di leher serta gegaran otak. Pada awalnya, wanita yang bertugas sebagai penghibur kelab menyangka kepalanya terkena bola, namun menyedari bahawa perbuatan itu dilakukan oleh bintang Norway tersebut.
Manchester City segera menjalankan siasatan dalaman dan membersihkan nama Haaland daripada sebarang salah laku. Namun, keadaan menjadi lebih rumit apabila wanita terbabit diberhentikan selepas kontraknya tidak disambung oleh pihak kelab.
Berang dengan tindakan tersebut, dia akhirnya membuat laporan polis, menuduh kelab itu cuba menutup kesalahan Haaland demi melindungi pemain utama mereka itu. Kes ini kini menjadi perbincangan hangat dalam dunia bola sepak, dengan pihak berkuasa dijangka mengambil tindakan lanjut terhadap dakwaan tersebut.
Baca: Manchester United ‘Berminat’ Dengan Perodua, Dapat Tawaran Untuk Penajaan