Baru-baru ini, tindakan seorang pendakwah dari Indonesia yang dikenali sebagai Gus Miftah yang telah mempersenda seorang penjual teh ais ketika satu acara di negara seberang itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai termasuklah warganet Malaysia.
Ini kerana sikap pendakwah tersebut yang dilihat tidak selari dengan ajaran agama Islam.
Terkini, Gus Miftah semalam telah mengumumkan bahawa dia meletakkan jawatan sebagai Utusan Khas Presiden Indonesia (Bahagian Kerukunan Beragama dan Pembinaan Sarana Keagamaan) susulan kejadian dia menghina penjual teh ais tersebut.
Memetik laporan CNN Indonesia, Gus Miftah membuat pengumuman peletakan jawatan itu melalui sebuah sidang akhbar yang diadakan pada Jumaat semalam.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Tarik & Tepuk Bahu Penjual Teh, Netizen Tak Puas Hati Dengan Sikap Gus Miftah
Artikel berkaitan: “Saya okey, saya sudah biasa” – Penjual ‘Es Teh’ Tersinggung Dengan Gus Miftah Tapi Masih Tenang
Menurutnya, keputusan itu dibuat secara sukarela dan rendah hati selepas dia memikirkan tentang tindakannya itu demi rasa tanggungjawab dan hormatnya kepada Presiden Indonesia iaitu Prabowo Subianto dan seluruh masyarakat.
Untuk pengetahuan semua, susulan tindakan Gus Miftah mempersenda penjual teh ais itu, pendakwah ini telah dikecam hebat oleh warganet Indonesia.
Selain itu, ada juga warganet yang melancarkan petisyen secara dalam talian agar Gus Miftah digugurkan dari Jabatan Utusan Khusus Presiden.
Sumber: CNN Indonesia