Umum mengetahui, rakyat Malaysia antara yang berani bersuara mengenai konflik yang kini berlaku di Palestin, terutama sekali di media sosial.
Malah ada juga perhimpunan serta demonstrasi yang diadakan bagi membantah tindakan rejim Israel serta menunjukkan solidariti terhadap Palestin.
Artikel berkaitan: Dr. Zulkifli Puji Semangat Anak Muda Malaysia, Tunjuk Sokongan Pada Palestin Dalam Roblox
Artikel berkaitan: Isu Himpunan Solidariti Palestin Di Dataran Merdeka, Penganjur Tampil Mohon Maaf
Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video di media sosial yang memaparkan sekumpulan guru menunjukkan solidariti kepada pelajar di sekolah dengan memakai pakaian bertema Palestin.
Mungkin ianya kedengaran seperti sesuatu yang positif namun cara sekumpulan itu menyampaikan mesej solidariti kepada pelajar sekolah menerima kecaman kerana mereka membawa senjata mainan yang dianggap terlalu ekstrim.
Video penuh boleh klik di sini.
Lebih merisaukan, daripada video berkenaan kelihatan persembahan itu dilakukan di sebuah sekolah rendah.
“Apa yang cikgu-cikgu ni nak sampaikan?”
Perkara itu tidak disambut baik oleh netizen, ramai yang merasakan terdapat banyak cara lain yang boleh dilakukan oleh guru-guru berkenaan untuk menunjukkan solidariti terhadap negara Palestin.
Ada juga beberapa orang netizen yang tag Kementerian Pendidikan serta Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Siddiq bagi memberitahu pihak kerajaan berkenaan isu ini.
Rasanya banyak lagi cara lain yang boleh kita buat untuk tunjukkan solidariti kan?
Sumber: X