in

Guru Tampar dan Tendang Pelajar Tadika Tanpa Belas Kasihan Hanya Kerana Terlupa Rutin Tarian

kid featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kanak-kanak adalah pelapis masa depan, jadi sebagai orang yang lebih dewasa kita seharusnya cuba yang terbaik untuk memberi tunjuk ajar selain menunjukkan contoh yang baik dan memberi kasih sayang pada mereka.

Tetapi seorang guru tadika ternyata tidak tahu memberiselepas ditangkap mendera pelajarnya sendiri!


Baru-baru ini satu rakaman CCTV menunjukkan seorang guru, memukul, menendang, dan menarik rambut dua kanak-kanak tadika di Anhui China, lapor Daily Mail.

gif1

Dalam kejadian yang berlaku pada 22 Disember lalu, guru itu dilaporkan sedang mengadakan kelas tarian dan mengajar cara menari untuk persembahan sempena hari Krismas.

Kemudian, dua kanak-kanak yang didera itu tidak dapat mengingati rutin tarian, jadi guru itu memberi hukuman dengan menyerang mereka. Salah seorang pelajar itu ditarik dan ditolak sehingga terbaring di atas lantai dan ditendang berkali-kali! Jahatnya!

Dua kanak-kanak itu baru berusia EMPAT dan LIMA tahun!!!

Meskipun baru sekali terlupa langkah tarian, guru itu tidak dapat menahan kemarahannya dan terus menarik dua pelajar itu ke tepi sebelum menendang mereka.

Guru itu kemudian meneruskan latihan tarian namun kedua-dua pelajar itu masih tidak dapat menari mengikut rutin tarian seperti yang dilakukan pelajar lain. Jadi, guru itu menarik mereka sekali lagi dan mula menampar.

gif 1

Paling teruk sekali, seorang lagi guru berada di dalam kelas itu tetapi beliau hanya melihat kejadian malang yang menimpa kanak-kanak tersebut dan tidak cuba untuk menghalang! Takde harti perut ke?!

gif3

Mungkin pelajar itu memberitahu ibu bapa mereka tentang penderaan tersebut, jadi ibu bapa meminta untuk menonton rakaman CCTV. Selepas mendapat bukti yang kukuh tentang insiden yang menimpa anak mereka, ibu bapa itu membuat keputusan untuk saman sekolah tersebut.

Guru itu dikatakan telah dipecat setelah laporan dibuat dan sekolah itu dilaporkan sedang membuat rundingan tentang pampasan untuk anak-anak mereka yang mengalami trauma.

gif4

Berita ini telah menaikkan kemarahan netizen dari seluruh dunia dan ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata marah dan kecewa. Of course lah!

Ada yang mempersoalkan mengapa guru biadap itu memilih untuk menjadi guru dengan sikapnya yang panas baran. Ada juga netizen yang memarahi guru yang membiarkan penderaan itu berlaku kepada kanak-kanak tersebut tanpa cuba menghalang.

Patutnya, guru lagi sorang tu pun dikenakan hukuman juga sebab biar je kanak-kanak tu didera!

Tonton video penuh di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=79GvfLcaTwg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.