Seperti yang semua sedia maklum, di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), pelajar sekolah rendah telah dibahagi kepada dua kumpulan untuk menghadiri kelas secara online dan ke sekolah dengan bergilir-gilir bagi mengelak penularan wabak Covid-19 berlaku.
Namun begitu, menerusi group komuniti Cikgu Share di Facebook, telah dikongsikan oleh Cikgu Lynn Ismail, satu cerita yang sangat menyayat hati.
Hari-hari dia datang ke sekolah
Terdapat seorang pelajarnya yang hadir ke sekolah pada setiap hari. Oleh sebab musykil dan risau pelajar itu tidak tahu tentang jadual giliran kelas, lalu guru ini menjelaskan kepadanya. Pelajar itu pun dikatakan mengangguk sebagai respon tanda faham akan arahan gurunya itu.
“Minggu lepas awak dah hadir, minggu ini tak payah hadir. Belajar di rumah. Minggu depan baru hadir ke sekolah.”- kata guru tersebut kepada pelajarnya.
Pun begitu, pelajar itu hadir lagi ke sekolah pada keesokan harinya. “Kenapa awak datang ke sekolah hari ini? Kan cikgu kata jangan datang minggu ini. Minggu depan baru datang.” Namun, dia hanya tunduk dan diam.
Hal itu berterusan hingga ke hari seterusnya, pelajar itu masih datang sekolah walaupun sudah dijelaskan berkali-kali oleh guru itu serta kawan-kawannya juga sudah menyuruhnya untuk tidak ke sekolah minggu itu.
Akhirnya persoalan terjawab…
Pada satu hari, giliran guru tersebut menjaga kelas waktu rehat, beliau dapati pelajar itu penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Kata guru itu, beliau melihat pelajar tersebut makan nasi lauk kari ayam dengan lahapnya seperti terlalu lapar.
“Mungkin dia datang ke sekolah setiap hari untuk makan”, guru tersebut membuat kesimpulan serta berhenti bertanyakan soalan kepada pelajar itu pada hari berikutnya. “Biarlah dia datang ke sekolah untuk makan”, katanya.
Cerita guru ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di ruangan komen posting itu. Ramai yang kasihan kepada pelajar tersebut.
Semoga membesar jadi anak yang boleh banggakan ibu bapa ya dik…InshaAllah..