in

Guru Mengaji Didakwa Atas 10 Kes Rogol & 7 Kes Jenayah Seksual Kepada Dua Beradik

Guru Mengaji Rogol

Media sosial semalam gempar dengan kes seorang guru mengaji dari Seberang Prai, Pulau Pinang yang berusia 74 tahun yang didakwa atas 10 pertuduhan rogol dan 7 kes jenayah seksual lain terhadap dua orang adik-beradik.

Ashaari Ibrahim dibawa ke hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Noor Aini Yusof di mana dia didakwa dengan tiga pertuduhan setiap satu iaitu rogol dan serangan seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah rumah di sebuah kampung di Seberang Prai pada 2018 ketika dia berusia tujuh tahun.

Dia dituduh melakukan jenayah seksual itu antara 1 Januari 2018 dan 31 Disember 2020 dan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Syeqal Che Murat tidak menawarkan sebarang jaminan bagi kesemua pertuduhan itu.

Ashaari Ibrahim Bernama 2459184 20220629181322

Ashaari tidak diwakili malah memberitahu mahkamah dia tidak pasti jika ada sesiapa untuk menjaminnya, Noor Aini menolak ikat jamin dan menetapkan tarikh 29 Julai ini untuk sebutan kes.

Seterusnya, Ashaari dibawa ke hadapan seorang lagi hakim Mahkamah Sesyen Norhayati Mohamad Yunus di mana tujuh pertuduhan merogol dan empat pertuduhan serangan seksual fizikal terhadap kakak kepada mangsa pertama.

Dia didakwa melakukan jenayah seksual terhadap kakaknya itu dalam tempoh lapan tahun, bermula ketika dia baru berusia lima tahun dan insiden itu didakwa berlaku antara 1 Januari 2014 sehingga awal Mac 2021.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) (e) Kanun Keseksaan kerana merogol yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan, dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 bagi kesalahan seksual serangan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Semoga keadilan dapat ditegakkan!

Baca: Pemain Kelantan United Disiasat Dakwaan Rogol, Direhatkan Dari Latihan & Perlawanan Liga Premier

Collage 15