Seorang guru tidak dapat menahan sebak setelah menerima hadiah berupa beberapa biji mempelam daripada seorang anak muridnya yang juga merupakan seorang anak yatim.
Menurut hantaran di laman TikTok zamrimatkl, pelajar tersebut juga berasal daripada keluarga yang susah namun sangat menyayangi bekas gurunya itu.
@zamrimatkl Juraian airmata menjadi saksi kasih seorang mantan Guru Besar dan perasaan sayang dari anak² SK Seberang Marang yang dipupuk sepanjang 6tahun perkhidmatan,mengiringi hari perpisahan di dewan yang mulia D’Sbrang pada tanggal 7 Ogos 2024 Kisah seorang anak yatim begitu menyentuh hati dengan memberikan hadiah perpisahan beberapa biji buah mempelam (seadanya) kerana dia tahu itulah buah kegemaran mantan guru besar yang disayangi… #perkongsiannilaikasihsayang ♬ Pelangi Petang – Dato’ Sudirman
Artikel berkaitan: Pengurus Pasukan Angkat Berat Letak Jawatan Selepas Dikritik Berkenaan Pencapaian Aniq Kasdan
Artikel berkaitan: Cikgu Dipuji, Terjemah Lagu Keranamu Malaysia Dalam Bahasa Isyarat Untuk Pelajar Ketika Perhimpunan
Lebih menyentuh hati, dalam video tersebut boleh dilihat kedua-dua guru dan juga pelajar tersebut menangis sambil berpelukan. Difahamkan, pelajar tersebut memberikan hadiah kepada mantan guru besarnya itu sempena majlis perpisahan.
“Juraian airmata menjadi saksi kasih seorang mantan Guru Besar dan perasaan sayang dari anak-anak SK Seberang Marang yang dipupuk sepanjang enam tahun berkhidmat.
“Kisah seorang anak yatim begitu menyentuh hati dengan memberikan hadiah perpisahan beberapa biji buah mempelam (seadanya) kerana dia tahu itulah buah kegemaran mantan guru besar yang disayangi,” kata Zamrimatkl dalam ruangan kapsyen.
Tambah Zamri, guru tersebut juga merupakan seorang yang sangat prihatin terhadap anak muridnya ketika berada di sekolah.
Dalam ruangan komen, para netizen turut menyatakan rasa hiba masing-masing ketika menonton video berkenaan.
“Ini mesti cikgu yang baik, syabas cikgu,” kata Mat Syah.
“Mesti hadiah buah mempelam itu akan diingati sampai bila-bila,” kata Daisya.
Sebak tengok video ini. Min yakin guru tersebut mesti seorang yang penyayang.